Sunday, January 30, 2011

Kelangsungan hidup di dunia yang fana' ini

Demi menyeru seruan ekonomi keluarga dan demi menyahut cabaran pembelanjaan berhemat, konon-kononnya dengan bertukar dari menyorong troli kepada menjinjing bakul akan membantu belanjawan. Secara teorinya, kalau kecil nyiru kecil jugalah tampiannya. Dan kalau dah kecil tampiannya, tapak tangan sudah memadai untuk menadahnya.


Sebaliknya, kalau besar nyiru besar jugalah barang yang ingin ditadah. Maka, bergerak mengikut firasat, kami tidak pandang troli. Kalau dulu, sebab utama troli diperlukan ialah untuk letak Ariff di dalamnya dan sambil berangan-angan memandu kereta lumba, jadi kami tak perlu dukung. Kini Ariff dah besar. Dan bakul pun kami jinjing...




Ah...! Lenguh tangan. Penuh dengan barang. Punah juga lebih RM 50 duit aku. Pelik juga, barang sebakul lebih RM 50..! Mana pergi nilai duit tu?


Aku rasa, lepas ni kami tak akan bawa bakul atau troli. Kami hanya gunakan lengan 6 kerat kami sahaja. Kalau ada barang lebih, kami akan kepit pada ketiak-ketiak kami...





Sedikit selingan dari Kompang di Merung Mahawangsa:


" Setelah sejuk di bahagian depan badannya, Jali pusingkan badan dan baring menelentang. Jali sejukkan belakang badannya pula. Sambil itu, Jali bilang jumlah lubang pada bumbung zink dek paku. Zink itu zink guna-semula, tentulah lubang paku merata-rata. Lebih menarik apabila asap dari dapur kayu Emak menerawang naik ke bumbung itu. Akan kelihatan garisan-garisan putih dari setiap lubang paku pada bumbung zink itu. Garisan-garisan putih akibat cahaya matahari yang menerobos masuk melalui lubang-lubang paku; ibarat pedang LASER yang panas dan amat tajam.... "





.

9 comments:

tasekM said...

ni komen ikhlas aku nih.
kamu dan isteri. berpendapatan isi rumah 10k sebulan.
beranak seorang.
gini gaya punya misi.
cuba ko bayangkan kak ash yang beranak 9 tu.
agak2 apa misi dia....?





kak ash, ailebu.







.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kalau ada camtu, misi aku tak la kritikal camni. Lagi pun, suara aku mewakili marhain atas kemelut semasa. Biar aku turut rasa sama-sama. Ko tak nak join skali?

Nizam.Ariff said...

TM,
eh.. kak Ash >12K la...duduk kat Bangi tu...hahaha.

Insyirah said...

Sekarang kami tak guna bakul atau troli yg telah disediakan, kami guna basket kecil yg bertempat di bawah stroller Azfar. Kihkihkih..

Nizam.Ariff said...

Syirah,
Lagi kritikal catuan tu. Takpe, kita sama-sama mengurangi impulsive buying..

secangkir madu merah said...

alah kecik ke besar bakul atau troli yg dibawa beli tetap belikan...kalau tak beli nak makan apa? jawabnya makan kat kedai je le..kos yg sedikit jadi berganda..

Nizam.Ariff said...

SMM,
Kalau nak jimat lagi, kacang buncis tu sekali makan sebatang seorang... seplastik tu cukuplah untuk 6 kali makan.. hahaha

aza ni said...

salam zam
harga barangan reverse proportional dengan hujan dijohor...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Woo... reverse tu ye, tapi proportional tu mungkin tak. Hujan kat Johor semusim. barang naik sepanjang musim...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com