Saturday, January 29, 2011

Kelapa dan anak kecil...

Mengikut kisah orang tua-tua, menjadi satu kelaziman orang-orang kampung untuk tanam 2-3 batang pokok kelapa jika mendapat anak. Buah kelapa akan diguna sebagai tanda kawasan uri ditanam. Juga ada sebab lainnya... ini yang menarik.



Apabila anak itu membesar dan semakin besar, dan akhirnya berkahwin, pokok kelapa itu juga telah besar dan tinggi. Agak-agaknya, itulah sebabnya orang kata " eh.. anak kamu dah besar panjang  ye Jah..."


Dan bila anak itu dah besar, tibalah masanya berkahwin. Pokok kelapa ini akan ditebang untuk temasya kahwin ini. Dikampung aku jika ada kenduri kahwin, seperti menjadi kemestian pokok kelapa akan ditebang.



Batang kelapa - buat jambatan, buat tungku memasak, buat kaki meja makan tetamu...
Pelepah kelapa - dianyam sebagai dinding pemisah, dekorasi khemah...
Lidi kelapa - buah gubahan bunga, tangkai bunga telur...
Daun kelapa tua - bahan bakar untuk bakar bulu halus ayam, kulit lembu...
Kelapa tua - santan
Sabut  kelapa tua - bahan bakar, pengasap untuk halau nyamuk malam-malam...
Kelapa muda - upah orang tebang pokok kelapa tu...
Umbut muda...

Umbut kelapalah yang selalu ditunggu-tunggu oleh orang-orang kampung yang datang 'merewang'

Sebenarnya, 'rewang' tu maksudnya 'menolong' dalam bahasa Jawa. Entah kenapa orang Melayu guna perkataan 'rewang' untuk aktiviti memasak ramai-ramai sedangkan 'rewang' itu boleh digunakan dalam banyak bentuk. Kalau nak ciplak bahasa Jawa pun biarlah tahu maksud asalnya. Sedangkan, aku pernah dengar perkataan khas lain yang kaum Jawa guna untuk aktiviti memasak ini tapi aku lupa.


Umbut kelapa selalunya dimasak lemak putih. Dan umbut masak lemak ini biasanya dimasak oleh tuan rumah untuk disajikan kepada para ahli 'rewang' iaitu sehari sebelum majlis kenduri kahwin itu. Ini kerana ayam dan daging biasanya akan sampai dan dimasak pada malamnya, kalau sembelih lembu, biasanya pada awal pagi hari kenduri itu. Jadi, lauk-pauk belum siap lagi. Umbut masak lemak dan ikan gelama masinlah yang menjadi penyendal perut para ahli 'rewang' itu.


Jadi, ada kaitan antara pokok kelapa dan anak kecil dalam budaya kampung.





.

16 comments:

Tijah said...

aku tak poti. apasal nama watak dlm dialog tu bukan limah?

Nizam.Ariff said...

Tijah,
bistu kat kampung ada nama lijah (halijah)... hahaha

aza ni said...

salam zam
umbut kelapa...simple tapi meyelerakan...

ckLah @xiiinam said...

Pokok Nyiur uri ckLah dah mati....


...tuannya, masih menunggu giliran.

tasekM said...

ada gak pesen tanam uri dgn pensel segala. matlamatnya. supaya anak pandai.

apa tak tanam komputer sekali ye dak...?

ha ha.

ehem.
dah ada sirap bandung nampaknya.
satu ko kena akui: aku adalah adek ko yg berguna, kan....?

:p



.




.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Sedap... boleh dimakan begitu saja...

Cklah,
Patah tumbuh hilang berganti... tapi kalau batang kelapa patah, dia tak tumbuh tunas lan dah... hahaha

TM,
tak tgk kat bawah? ada buah mangga lagik.. hahaha

tasekM said...

aku nampak dah.
ko mmg.
nk kaya sorang2 je.

:p





.

Nizam.Ariff said...

TM,
hah, apa lagi..klik le mangga tu...

tasekM said...

wit..

3 n3 nampak ok la sbb ko punya benda2 kat side bar tu banyak.

kalau 2 n3 nampak tak cantek or kurangkan benda2 kat side bar tu then baru ubah ke 2 post.





.

Nizam.Ariff said...

TM,
Belum lagi....

hairul392 said...

paku payung ada pokok kelapa tak?

Nizam.Ariff said...

Hairul,
Tak.. nenek dia tanam bunga...

Insyirah said...

Kalau ada 15 orang anak...15 batang pokok kelapa la kena ada depan rumah? Kihkihkih...

Nizam.Ariff said...

Syirah,
tu dah ladang kelapa tu..
Weh, kelapa dah mahal sekarang ni... hahaha

ASH said...

kalau anak JAWA lahir kat negara sejuk kat mana la pokok kelapa tu nak ditanam ek?
.
.
.
aku agak campak jer laaa kat tengah laut, ye dak?
Kalau benih baik, jadi PULAU...kata orang!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Jawa memang tinggi mandirinya, campak kat gunung menjadi Krakatoa... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com