Friday, January 21, 2011

Kesilapan kecil ....

Scene 1:

*tut.. tuttt.... tut..tuttttttt...*

" Ini Pak Abu ke? "
" Bukan. Ini anak saudaranya...."

" Boleh makcik cakap dengan Pak Abu...?"
" Oh... sebenarnya, Pak Abu dah meninggal makcik.."

" Innalillah...... Bila meninggalnya..?"
" Baru semalam makcik..."


Scene 2:

* tut..tuttt....... tut..tuttttt........*

" Pah, kenapa ayah kamu meninggal tak bagi tau aku..?"
" Hah?! Ayah meninggal? Betul ke ni ?"

" Baru tadi aku talipon nak buat appointment dengan dia.."
" .... nanti Pah talipon adik beradik... isk..isk.."


Scene 3:

*tut..tutt...... tut..tutttttttttt.........*

" Ada-ada je la akak ni... Ayah elok sihat .."
" Eh, ye ke? Tadi budak tu cakap Pak Abu dah meninggal..."

" Akak salah nombor kot. Apa nombor yang akak talipon ?.."
" 012- xxx xxxx...."

" Bukan la kak... ish.. Orang dah demam terkejut nih.."
" Minta mahap la ek... hahaha"




Apa kebarangkalian untuk kebetulan seperti itu? Ya, memang terlalu kecil. Tapi, itulah yang benar-benar berlaku petang semalam.


-----------------------
Update pukul 7.45am.

Tadi, aku berselisih dengan 2 orang lelaki. Seorang bertindak sebagai pengawal trafik dan seorang lagi pemandu teksi.

" Abang nak ambik Pak Abu kat dalam tu.."
" Oo.. ye la bang, dia dah tunggu awal tadi lagi..."

Berapa orang Pak Abu sebenarnya di dunia ni?



.


.

6 comments:

tasekM said...

hahaha...

kes bulih buat sakit jantung juga nih...

kejap. yg ko bulih dengar perbualan pengawal trafik dgn pemandu teksi ni... ko kat mana sebenarnya nih....?




.

Aku said...

TM,
Aku baru masuk pintu pagar. Telinga lintah... hmm.. lintah ? hahaha

tasekM said...

aku,
ada apakah dengan lintah? hahaha...

elehhhh.... cakap je la ko tu mmg suka nk tau hal org. terlebih hormon org pompuan.

:p




.

Aku said...

TM,
tak de mende...
Aku tercuri dengar la...sorang kat depan aku, sorang dari dalam kete.

kucingorengemok said...

kucing kawan saya warna kelabu pun namanya "pak abu"

Aku said...

KOG,
Nama Pak Abu tak unik untuk manusia lagi...huhuhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com