Thursday, January 20, 2011

Kopi O dan Tepung Goreng




Malam tadi aku terjaga pukul 1.20 pagi. Kepala aku bagai nak pecah rasanya. Aku bangun makan ubat migrain dan ponstan sekaligus. Sebelum aku terjaga, aku bermimpi aku menemani jenazah Bapak dari Hospital ke masjid berdekatan rumah dengan menaiki van jenazah. Masjid Jamek itu penuh dengan kaum India Muslim menyambut jenazah Bapak.


Pagi ini, aku minta Mama sediakan sarapan Tepung Goreng dan sambal ikan Sardin.
Dan Kopi O menjadi minuman aku.





.

10 comments:

tasekM said...

tepung goreng mende hah...? cekodok tepung yek...?

:)



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ada orang kata cekodok tepung. Tapi bagi aku, cekodok tu seswai utk pisang je...

tasekM said...

buat dia tepung, air n garam je yek...?




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Yep... tapi campur sikit karot dan bawang dadu...

Tijah said...

wuisshhh. lempeng aaa tu kot.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Weh..lempeng tu kalau leper.
Ni seketul-seketul. Tepung goreng la tu....

secangkir madu merah said...

cokodok lah tuh.. ada org panggil cucur tepung.. tak kesahlah dipanggil apa yg penting sedap kalau dicicah dgn sos cili.. lepas tu minum kopi ... huhuhu...

ckLah @xiiinam said...

"Jumput-jumput" kata embah ckLah...

Nizam.Ariff said...

SMM,
Hah... cucur tepung yang tepat...hahaha

CKlah,
Embah, jemput-jemput pun betul gak sebab dijemput dgn jari sebelum masuk kuali. Kalau cucur pun betul gak sebab adunan tu bercucuran dari hujung jari-jari sebelum masuk kuali... hahaha

ASH said...

kopi? bagus untuk migrain..sila minum banyak banyak..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com