Tuesday, January 11, 2011

Minyak Tiga Serangkai...

Dulu-dulu, aku guna minyak sawit untuk semua masakan, sama ada untuk menggoreng atau menumis. Sambil-sambil itu, hendak tolong naikkan harga minyak isirong kelapa sawit, kononnya.

Kemudian, aku 'upgrade' sikit minyak masak untuk menumis kepada minyak jagung. Manakala minyak untuk menggoreng tetap minyak sawit.

Kemudian, aku tukar kepada minyak bunga matahari untuk menumis kerana minyak itu lebih 'ringan'. Manakala minyak untuk menggoreng tetap minyak sawit kerana minyak sawit lebih tahan suhu lebih tinggi.

Kemudian, aku teringat minyak zaitun yang disebut dalam surah An-Nur. Jadi, aku guna minyak zaitun untuk menumis. Manakala minyak zaitun yang masih 'dara' aku guna untuk 'dressing'. Waktu itu minyak zaitun dalam lingkungan RM20-25 untuk 1 Liter. Sedangkan minyak sawit masih aku guna untuk menggoreng kerana lebih tahan suhu tinggi.


Kemudian, minyak zaitun dah naik lebih RM30. Aku tukar kepada minyak biji anggur atau 'grapeseed oil' untuk menumis. Manakala minyak zaitun hanya untuk masakan bukan Melayu. Minyak sawit tetap diguna untuk menggoreng kerana lebih tahan suhu tinggi.

Sekarang, oleh kerana 'grapeseed oil' diluar musim dan malas nak pergi Tesco, juga kerana kecelaruan bekalan minyak masak, aku tukar lagi minyak untuk menumis. Oh ya, juga kerana ekonomi keluarga menguncup sedikit dewasa ini.

Akhirnya, minyak '3 serangkai' inilah yang ada dalam gerobok aku...






Manakala 2 serangkai ini aku guna untuk masakan bukan Melayu. Kemudian, aku menyesal beli cuka balsamik itu, sebab tak pandai nak pakai. Saja beli sebab botol dia cantik.. hahaha.





Ada sesiapa yang boleh beri nasihat, cuka balsamik itu untuk buat apa sebenarnya?



.

19 comments:

aza ni said...

salam zam
ada petua dari pengarah ilp tempat aku ngajar dulu.....katanya cuba minum sesudu minyak zaitun awal pagi dan petang...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pernah dengar juga tu. Ada juga kata minyak kelapa dara. Tak gemuk ke nanti?

Anonymous said...

aku guna minyak sawit je.
pesen miskin.
yg penting bersenam.
harus la sehat.




-bini angkat MZ-

.

Anonymous said...

cuka tu bukan ke tuk buat sushi ke paman?

hahah..buh dlm kopi lagi bagus..menaikkan rasa kopi.

ibundo said...

cuka tu tak tau tuk buat apa. Eh.. buat sambal belacan taruk cuka balsamik tak leh ke..(hiii)

kucingorengemok said...

aku pun tak reti guna, dan rasanya pelik macam kicap masam, hehe

cap buruh paling cepat abis, kalau kat kedai banyak cap pisau je... minyak bau kacang, tak syok

Nizam.Ariff said...

TM,
Minyak sawit pun ok. Aku saja je nak rasa, tak lah nanti dikononkan dek orang...

Pojie,
Entah la. Cuka tu rasa kayu balsam. Balsam Wood. Pernah cuba buat jelatah.. tapi rasa kayu tu kuat sangat. Semacam je rasa jelatah tu...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Sambal belacan pakai limau la sedap kak.. pakai cuka balsamik tu macam makan spagheti cicah sambal belacan la kak.. hahaha

KOG,
Tu la... certain minyak masak dia retain original taste of the food. Kalau minyak soya, sawit atau kacang, dah ada taste lain yang masuk...

Tijah said...

err...cuka tu mungkin boleh buat bekukan getah kot bangggg.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Ooo... mungkin juga boleh buat simbah muka orang, kan? Hahhahaha

ASH said...

Aku nak bagi pendapat...tapi ko dah bagi sendiri!!
hahahahah
.
.
taruh dalam salad boleh tak?
jom gugel..

ASH said...

pesen miskin juga...
dah la guna sawit ..dua tiga kali guna pulak tu..
aiiihhhh...

ASH said...

weh..
aku dah google recipe recipe yang guna balsamik vinegar ni..
.
.
.
entah apa apa le pulok bunyi nye!!
hhahahahaah
.
.
yang nampak macam familiar adalah FRENCH ONION SOUP..
itu pun dia guna sesudu jer..
.
.
tapi macam aku kata la..memang digunakan dalam membuat salad dressing!!
selamat mengugel dan mencuba!

ASH said...

dah nama pun cuka, buat ikan tenggiri goreng masak cuka pun boleh kut..
cer try!!

.
.
..komen sampai 4 kali!
maap yer..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tang buat salad dressing tu la... jarang makan salad. Aku sellu makan ulam pucuk betik cicah sambal belacan jer... Takkan sambal belacan guna cuka balsamik..

Ashley,
Sawit boleh guna 2-3 kali, takpe...

Ashley,
Satu hal pulak kena beli bahan yang lain-lain...

Ashley,
Buleh ke buat camtu? Aku ada try tapi rasa kayu Balsam tu kuat la kak...

Melati Putih said...

Ini mesti kes pandai beli je... tapi x tahu guna utk wat pe kan3X.

Nizam.Ariff said...

Melati,
dah pakai sikit hape..
Tu baki-baki yang tinggal je tu...

ASH said...

Aku selalu makan salad..sila pos laju mana mana yang masih berbaki lagi tu.
haha

Nizam.Ariff said...

ashley,
Pos tak lepas... ada yang ingat bom cuka getah pulak karang...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com