Friday, January 28, 2011

Rezeki dipatuk ayam awal pagi...

Semasa kecil sekira-kira 4 kaki tinggi, aku berkawan dengan anak jiran yang rumahnya bukanlah dekat pun. Kalau pekik sampai tegang urat leher pun belum tentu dia orang boleh dengar. Silap-silap suara aku dibawa angin ke celah-celah pokok padi, atau kalah ditepuk suara daun pisang, kalau tak pun ditampan dedaun keladi yang geleng-geleng ' Laailaha Illallah..' setiap kali dirempuh angin.


Mereka sekeluarga lebih kurang sama macam keluarga-keluarga lain di kampung itu cuma mungkin keluarga aku lebih sikit tanahnya, lebih sikit usahanya tetapi yang lain-lainnya sama.

Satu perkara yang aku tabik kat kawan aku dan adik beradik dia orang ialah selalu bangun awal pagi, hatta pada hujung minggu tak bersekolah, hatta sembahyang subuh pun belum wajib, hatta belum sunat pun. Bila aku tanya, dah sarapan? Dia akan kata, dah pukul 6.30am pagi lagi.

Aku pernah tanya dia, kenapa bangun awal sangat? Dia kata, nenek dia pesan supaya bangun awal-awal pagi. Nenek dia kata, kalau bangun lewat nanti ayam patuk rezeki. Rezeki habis dimakan ayam.


Maknanya, dia bangun lebih awal daripada ayam jantan berkokok. Maknanya, dia bangun sebelum pukul 5.30am. Bagaimana aku tahu sebelum pukul 5.30am? Sebab aku tahu bila ayam jantan mula berkokok... ahaks.


* menopous *


Pagi tadi, juga pagi semalam, aku tukar sedikit jadual harian Ariff ke sekolah. Kalau sebelum-sebelum ini dia akan bersarapan dahulu di rumah, pada kali ini kami bersarapan di luar sebelum hantar dia ke pintu pagar sekolah.

Jadi, kami akan keluar rumah tepat jam 7.00am dan dia ada masa 20 minit untuk bersarapan sebelum ke sekolah tepat jam 7.28am. Sebagai motivasi, aku tunjukkan kereta lalu lalang dan kanak-kanak sekolah lain yang naik bas, dalam gelap subuh begitu dah bergerak ke tempat tujuan masing-masing. Aku suruh Ariff bayangkan pukul berapa mereka bangun dan pukul berapa mereka mandi.


"Tapi, kenapa dia orang semua kena pergi awal-awal...?" tanya dia.


"Sebab kalau lambat nanti rezeki dia orang kena patuk dek ayam.." inesen jawapan aku.

"...kalau gitu, rezeki Ariff banyak lagi la sebab keluar rumah awal..." katanya.

"... lambat sikit pun tak apa. Kat Shah Alam ni tak ada orang bela ayam..." kata aku.


Dan... kami pun sampai di pintu pagar sekolahnya. Ariff kata, esok pun dia nak bersarapan di luar. Dia suka keluar pagi-pagi. Suka gelap-gelap dan sejuk-sejuk.

"Esok hari sabtu. Tak sekolah...." kata aku ringkas.






.

16 comments:

tasekM said...

aku dulu.
pukul 6 lebih dah sampai sekolah.
tak tau la kenapa.
suka benar pergi sekolah pagi2.
kalau pukul 7 tu dah lewat benar rasa dah.
rasa nk nangeh dah...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko jalan kaki ke naik beskal?
Awal giler sampai...tak takut kena kidnap..

tasekM said...

aku naik beskal.

ada ke org nak kidnap samseng macam aku nih...






.

Nizam.Ariff said...

TM,
ada... dijadikan budak pecah rumah dan curi motor. Ko kan ke samseng..? (ayat cari gaduh)

tasekM said...

silap2 deme suruh aku gi jual kismis, kan...?

mmg aku makan je kismis tu.

ha ha.




.

ASH said...

Oii budak dua ekor...
budak kalau samseng tak der nyer nak nanges kalau lambat pergi sekolah!!
suka gumbira lalalalala lagi!!
hhahaha..
.
.
.
komer tak tanya ke aku pergi sekolah pukul berapa?
derejah satu, dua dan tiga jalan kaki..
derejah empat bonceng basikal sampai sekali tu tergetak tengah jalan..bedebuk jatuh telentang..pengsan..
kepala kena jalan raya..bengkak seround ( padan aku macm mereng je dah!!)
derejah 5 ngan 6 mak aku kesian kat anak lelaki dia, maka aku naik bas..( mujur adik aku manja ngan mak!!...kalau tidak, naik basikal sampai derejah nam)
.
.
dah macam entry le pulok!

ASH said...

tapi tak der le berjela jela macam entry terunggul budak TAS!!
hahahahaha
.
.
.
ada macam gaya kakak samseng jalanan?

tasekM said...

budak 2 ekor dipanggeinya kita bang. jom kita dukung dia nak...? ha ha.

kakkkk... aku samseng manja ok.
ada rasa muntah darah tak dengor...?

ha ha.






.

ASH said...

Nak nanges kalau lambat...
hahahahah
.
.
.
sekira kira macam aku le jugakk
.
.
.
kalau tak jumpa necktie lagi la..
sok sek sok sek
.
.
batch PENGAWAS letak entah ke mana..
hu hu hu
.
.
.
stokin tak jumpa ke..
.
.
.
tapi sekolah TETAP TAK PONTENG!!
PENGAWAS SAMSENG tapi berhati LEMBUT!!
hahaha

Nizam.Ariff said...

TM,
Wooo... makan kismis orang tu memang samseng. Pecah amanah tu... samseng.

Ashley,
Camner boleh jatuh tu? Aku lak, kaki aku masuk jejari roda belakang masa kakak aku boncengkan aku. Sampai sekarang ada kesannya...

Ashley,
akak pun samseng gak... skrg pun samseng gak kat bebudak kecik... hahaha

TM,
Apa plak.. dia panggil kita budak, dia la yang dukung kita 2 ekor nih... ko ada ekor ke Tas?

Ashley,
Aku pernah nak nangis bila sakit perut dan terberak tapi air kat tandas tak ada.... darjah 1 pulak tu.

ASH said...

Aku,
aku pun tak ingat macam mana masa aku membonceng basikal tu aku boleh terjatuh..
aku rasa 2 beg peti yang terpaksa aku peluk menyebabkan aku terlepas pegangan dan terlentang ke belakang..
eh, nanti lah..kut kut ada masa aku cerita..ke aku dah cerita..aku pun tak ingat..

SAMSENG?
hahaha..bertumbuk adalah perkara biasa...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
wuiyoo... itu tomboy, bukan samseng.
Samseng kena makan kismis, macam tasek... hahaha

tasekM said...

aku tau le ko ada ekor.

:p





.

secangkir madu merah said...

aku pun nak join gak...dulu masa aku dlm darjah 2 ke 3 ke..ntahlah tak ingat, selalunya abah aku yg hantar entah kenapa pagi tu emak aku lak yg hantar naik besikal. Tapi belum sempat berenti basikal jatuh, dengan mak aku dengan aku aku sekali jatuh...adoiiiii...malunya aku masa tu, rasa nak nyorok muka dalam baju...



ariff dah syok sarapan kat luar le tuh...

hairul392 said...

Dulu pernah pergi awal-awal sampai ke sekolah.. emak cakap cikgu belum datang lagi... buat ape pergi awal-awal. hehehe..

Nizam.Ariff said...

TM,
bleh buat supekor hahaha...

SMM,
Woo... rasa malu mengatasi rasa sakit akibat jatuh....

Hairul,
itu namanya rasional... betul tu.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com