Sunday, February 20, 2011

Beli melalui tingkap...

Sepasang suami isteri sedang berjalan melintasi deretan kedai-kedai di dalam pusat beli-belah. Tiba-tiba si isteri menarik lengan suaminya untuk masuk ke salah satu kedai di situ. Si suami bertanya kepada isterinya, apa yang dicarinya? Si isteri menjawab, tak tahu lagi dan mahu lihat dulu. Satu situasi yang berbahaya bagi mereka berdua.




Gambar dari planetperplex.com



Bagi seorang jurujual yang pandai, dia mampu meklasifikasikan bakal pembeli dan mampu memilih strategi untuk 'mengambil' wang dari poketnya.


Ada pengguna yang tahu apa yang nak dibeli dan faham mengapa dia perlu beli. Dia dah buat keputusan sebelum keluar dari rumah lagi. Bila di sampai ke kedai, dia terus masuk dan terus tawar menawar harga. Biasanya, orang ini dah selidik dan ada maklumat, bukan sahaja tentang barang itu, juga tentang mengapa dia perlu beli. Tak banyak penjual boleh buat selain daripada bermain dengan tawaran harga dan servis yang baik.

Ada juga yang tahu apa yang nak dibeli tapi tak pasti kenapa dia perlu beli. Mungkin sebab kawan-kawan dah ramai yang beli/pakai. Mungkin sebab ego, juga mungkin terbiasa tengok orang lain beli, dia pun nak beli padahal ia mungkin bukan keperluannya pun.


Ada juga yang tak tahu apa yang nak dibeli tapi faham mengapa dia kena beli. Kalau begini, penjual sepatutnya berikan beberapa cadangan pilihan / options. Aku pernah alaminya apabila berpindah rumah dan aku tak tahu apa yang bagus untuk ruang tamu yang kecil ini tetapi aku tahu ruang tamu yang sekangkang kera itu perlukan set tempat duduk yang boleh aku guna untuk layan tetamu dan buat kerja rumah. Aku akan minta pandangan beberapa orang termasuk jurual sebelum aku menilai praktikalitinya.


Dan yang paling bahaya ialah tak tau apa yang nak dibeli dan tak faham mengapa dia perlu beli. Ini belian impulsif. Keputusan untuk membeli adalah pada ketika itu dan pengaruh persekitaran ketika itu. Ini yang jenis masuk hypermarket nak beli sabun mandi tapi keluar dengan satu troli penuh entah apa-apa barangnya.


Aku pelik ada orang masuk ke kedai atau singgah di 'sale booth' sedangkan bila ditanya nak beli apa, jawapannya ' tak tahu lagi, nak tengok-tengok dulu apa yang ada...'



Jurujual yang pandai akan perasan orang yang macam ini apabila dia lihat orang itu masuk bermacam-macam kedai, kejap masuk kedai kasut, lepas tu keluar masuk kedai baju, lepas tu masuk kedai elektrik... Kalaulah jurujual itu perasan, habis dia 'promote' macam-macam.

Kalau aku ada dalam situasi begitu, aku akan berdoa dalam hati supaya kunjungan itu berakhir sekadar 'window shopping'.






Perhatian: aku tak kata window shopping itu tak bagus. Ianya bagus kerana itu juga salah satu proses untuk mendapatkan maklumat barang dan situasi pasaran. Tapi janganlah 'window shopping' itu disalah guna. Ada juga kes orang yang jenis kalau dah masuk ke pasaraya, tak boleh keluar tangan kosong. Semacam satu pantang pula. Mesti beli sesuatu.


Notakaki:
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mentari pada Ayu Jannah, ini ada cerita tentangnya di sini...




.

13 comments:

aza ni said...

salam zam
akhirnya ....beli apa?

tasekM said...

gua tak minat window shopping.
kalau tak de benda nk beli.
gua tak pergi shopping.

ye.
gua memang tak berapa pompuan sgt...





dan.
gua tak banyak duit mcm org lain juga...




.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Macam-macam... hahaa

TM,
baguih la tu. jarang keluar shopping mesti banyak duit simpan...kan?

Linda said...

Dulu aku cenggitu, end up brg jd bertimbun-timbun kat rumah.

Pastu aku ajar diri, x bwk kad time shopping dan fokus pada brg yg nk dibeli je. Brg lain aku belek juga, tp kalau aku amik, aku akan tanya diri sendiri, "perlu atau saja-saja?". Then aku tak jadila amik.

Apa2pun, kena disiplin diri bila kuar shopping atau semata-mata window shopping nih...(panjang lebar plak aku menceceh...)

Nizam.Ariff said...

b.kendondong,
ni pehal tengah malam tak tido lagi ni... esoknya keje weh..

ibundo said...

weh.. macam kenen kat aku jer haha..

secangkir madu merah said...

memang ramai golongan org2 yg begini di donia, masuk pasaraya kengkadang takde niat nak beli apa2 pun pada mulanya, tapi keluar pasaraya tak cukup tangan nak pegang beg plastik...hehehehe aku bukan kata org tapi kata diri sendiri...

Nizam.Ariff said...

kakpah,
bukan kakpah je... semua akak-akak tu.. hahaha

SMM,
Kita kena kedekut sikit kali ni...

ASH said...

AKU,
.
.
.
aku tak terasa hati!!
hahaha
sebab aku jenis tak berapa nak masuk MALL.
.
.
.
.
nak cari aku?
Carilah aku tepi mana mana tasik, sungai, laut...
Aku tengah TEROPONG!

ASH said...

jap jap..
bait bait akhir leteran seorang AKU
" Semacam satu pantang pulak.Mesti beli sesuatu."
.
.
.
eh, macam aku biasa le pulok dengar orang berleter guna ayat nih.
.
.
.
tapi bukan untuk aku laaa...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Teropong tu pun mahal gak kak... camana return on investment nak dapat balik tu?

Ashley,
Siapakah itu..? Hahaha..

Fadhilah Maarif said...

salam,

saya tak suka window shopping. Tapi selalu kalah bila ke kedai buku... jarang keluar dengan tangan kosong..hehe...

Nizam.Ariff said...

Fadhilah,
Salam. Beli buku takpe, boleh tolak income tax, ilmu pun dapat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com