Wednesday, February 23, 2011

Putus asa putus harap, sila baca senyap-senyap...kalau tak kena babab.

.

Oleh Abdullah bin Mas'ud r.a ada tersebut dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim:

" Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam kandungan ibu berupa setitis air mani selama empat puluh hari, kemudian menjadi darah yang beku selama empat puluh hari pula, kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula. Kemudian Allah mengutus malaikat kepadanya, meniupkan roh baginya dan memerintahkan menulis empat perkara: rezekinya, ajalnya, amalannya dan kesudahannya, sebagai orang sengsara atau bahagia...."


Ini yang biasa kita dengar, tentang 4 perkara yang ditulis sebelum kita lahir ke dunia. Ada juga yang dah hafal. Dan ada juga yang salah-gunakan di atas dengan meletakkan salah pada takdir.



Sebenarnya, ada sambungan kepada hadis tersebut yang kita mungkin jarang-jarang dengar...

 
" ... Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang dari kamu beramal dengan amalan ahli syurga hingga jarak antaranya dengan syurga itu hanya sehasta, tapi ia didahului oleh suratan takdirnya dan ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang dari kamu beramal dengan amalan ahli neraka hingga jarak di antaranya dengan neraka itu hanya sehasta,namun ia didahului oleh takdirnya dan ia pun beramal dengan amalan ahli syurga,sehingga masuklah dia ke dalam syurga."


Inilah amaran kepada mereka-mereka yang terlalu taksub dengan amal ibadah atau kebajikan, sehinggakan mereka rasa mereka selamat dan terlalu pasti untuk ke Syurga. Juga harapan mereka-mereka untuk kembali ke pangkal jalan.


Ramai yang berputus asa apabila membaca sambungan hadis itu. Diriwayatkan, ramai para sahabat menangis bila mendengarkannya. Maka, sesungguhnya mereka itu tidaklah dapat lari dari ancaman Tuhan, tidak dapat lari dari percaturan Tuhan. Sentiasalah takut padaNya.


Bagaimanakah kita pula?
Soalan yang boleh makan selipar jepun gamaknya...





.

5 comments:

aza ni said...

salam zam
kita hanya mengharap ehsanNya

ibundo said...

kebaikan yang kita buat belum memberi jaminan akan keredhaaanNYA. Apatah lagi kalau membuat kejahatan yang terang2 akan merangkap kita dalam api kemarahanNYA. Berbuat baik lebih baik daripada berbuat jahat. Hanya doa kita supaya DIA menyayangi kita.. amin.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Redha dan RahmatNya...

Kakpah,
Aku aminkan aje...

ASH said...

Ko makan je lah selipar Jepun tu, aku nak makan nasi.

Nizam.Ariff said...

ashley,
selipar jepun dibuat dgn cheese cake... aku nak!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com