Tuesday, February 15, 2011

Itulah kali yang pertama ...

Jangan salah anggap, aku bukan tak pernah gunting rambut. Aku biasa gunting rambut tapi seumur hidup aku tak pernah aku pergi kedai gunting untuk gunting rambut aku. Tak pernah. Percaya atau tak, kena percaya juga.


Dari kecil sehingga darjah enam, arwah Bapak yang potongkan rambut aku. Dia guna mesin rambut mekanikal yang kadang-kadang 'hidup dan pandai menggigit' dan gunting kain ela yang tajam. Walau dia tak pernah guna tempurung kelapa jantan sebagai acuan pengukur rambut tapi bentuk rambut aku semacam ditekap dengan tempurung jantan juga. Itulah kepakaran arwah Bapak. Orang kampung tak boleh tiru kemahiran itu.


Bila aku masuk asrama penuh, kawan-kawan yang tolong potongkan rambut aku. Aku gunting rambut dia, dia gunting rambut aku. Barter trade, tak payah bayar guna duit. Begitulah juga apabila aku masuk matrikulasi dan universiti. Cuma, setiap kali aku dikampung, aku akan minta abang-abang tolong potongkan rambut aku. Kadang-kadang, emak tolong potongkan. Aku tak kisah sangat tentang fesyen rambut aku, asalkan selesa dan bersifat rock sudahlah.


Bila aku dah bekerja, aku gunting rambut aku sendiri mana-mana bahagian yang aku boleh nampak dari biasan cermin muka. Bahagian belakang aku tinggalkan kecuali bila dah rimas sampai lepasi kolar baju dan mula merekot-rekot, barulah aku minta kawan serumah aku tolong guntingkan.


Bila aku dah berkahwin, aku masih gunting rambut sendiri. Kadang-kadang bila di Melaka, mak mertua tolong potongkan. banyak kali juga aku suruh adik ipar tolong guntingkan. Perlahan-lahan aku ajar Mama gunting rambut aku. Pada mulanya, dia takut-takut juga. Maklumlah, takut tobek. Aku pernah cakap, aku tak kisah sangat pasal rambut ni asalkan jangan pendek. Kalau pun tobek, laki dia juga.


Kecuali pada petang tadi.
Setelah berpuluh-puluh tahun, setelah suku abad aku hidup (ya, baru suku abad...), itulah pertama kali aku gunting rambut di kedai gunting.





Berkali-kali aku pesan supaya jangan guna 'mesin rumput'. Aku pantang dengan mesin tu. Sungguh tak rock kalau guna 'mesin rumput' tu. Juga tak kreatif dan kurang seninya.






.

16 comments:

hairul392 said...

Wah... tahniah gunting di kedai hehe..
ape rasa gunting kedai?

ckLah @xiiinam said...

Macam mana boleh sama ni? Petang tadi....rambut Rapunzel bini ckZahan telah dimusnahkan oleh anak sulungnya....potong macam Lady D, dia kata.

...huh, dah rupa Lady Gaga pun ada.


Tu yang buat n3 tu.....kalau tak tajuk asalnya ku kehilangan bonggol!

:D

aza ni said...

salam zam ,sejak ada hair trimmer ni...aku tarah saja, no 1 atau no 2 kadang langsung tak ada no...

Nizam.Ariff said...

Hairul,
Rasa.. rasa...macam tak percaya.. hehehe

Cklah,
Tapi takpe cikgu, senang nak jaga rambut pendek kan? Jangan buat mcam cone-head tu dahlah. Nampak sangat cam nak tarik perhatian org, kan?

Azani,
Err... ko pun gunting juga ke?
Hahaha.. peace bang, peace...

Insyirah said...

Masa belajar dulu, pernah sekali je member tolong guntingkan rambut. Lepas tu dah serik dah. Sebab terlalu kreatif. Kihkihkih..

Nizam.Ariff said...

Syirah,
senget benget la tu?.. hahaha
takpe, tetap manis dipandangan

secangkir madu merah said...

tahniah, akhirnya kau bertandang juga ke kedai gunting rambut utk menggunting rambutmu...amacam? ok tak?

ibundo said...

aku pun potong rambut sendiri. dah puluh tahun tak ke kedai.
Ada sekali laki aku tolong guntingkan. Tobek sebelah. Nasib baik pakai tudung.

tasekM said...

bukti mana...? bukti.

setakat bukti kerusi tak payah aaaaaahhh....

:p





.

aza ni said...

salam zam
memang taburan jumlah penduduk atas kepala ni macam style taburan badui di sahara...han ha ha..

Nizam.Ariff said...

SMM,
Sebab aku suruh trim je, nampak macam ok. Tak ada orang gelak kat aku setakat ni...

Kakpah,
aku pun pernah tertobek gak, tapi aku anggap itu semua seni...

TM,
Buktinya... lihatlah rambut yang berguguran... nak bukti selanjutnya, sila post kpd aku filem Kodak. Nanti aku snap kepala aku pastu tu ko cuci sendiri...

Azani,
Walau sebatang pohon di gurun sahara, kalau sepohon tu tingginya menjulang, pasti akan terlihat jua dari puncak piramid di Marikh sana... hahaha

tasekM said...

pergghhh... bajet diva tak hengat. maleh la kawan.

:p






.

Nizam.Ariff said...

TM,
Diva tak lah... paras-paras dewa je... Mmuaahahahahaa

Linda said...

Suku abad????? Hmmmmm
agenda pertama esok ialah tengok rambut ko, nti baru aku pikir nak komen apa. Harap2nya idea ko tak ikut berguguran sepertimana rambut2 yang bertaburan tu ye..

Nizam.Ariff said...

b.kedondong,
Aku pakai Clear... tak gugurkan rambut. Ko boleh belek selai-selai esok... hahaha

Linda said...

Huhu...xde kojo aku nk belek rambut ko sok... Muahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com