Friday, February 11, 2011

Mau untung besar?... ini caranya...

Apa diharap padi seberang,
Entahkan tumbuh entahkan tidak,
Apa diharap undinya orang
Entahkan dapat entahkan tidak.




Dah banyak TV realiti dalam bentuk pertandingan. Persaingan untuk merebut jari-jari manis pengundi SMS memang hebat. Lebih hebat lagi bila pengundi mula sayang kat kuku cantik, takut patah atau sumpik. Takut bercagu pun ya juga. Mungkin ada jugalah sedikit yang berkira-kira dengan kredit pra-bayar. Penerbit siri realiti mestinya pening kepala kerana boss menyasarkan setiap musim untung dan rating naik.

Kepada para penerbit, aku cadangkan macam ni.

Setiap kali carta nak diumumkan, ubah suai sedikit untuk kemakmuran sejagat Katakanlah, ada 10 orang peserta masuk pertandingan 'ntah-hape-hape-ntah'. Sebelum carta diumumkan kepada umum, buat dulu begini:

1.  Kump A - persembahan amat bagus ............ 1000 undi
2. ...
.
.
9. ...
10. Kump J - persembahan cam haram ............10 undi


Kumpulan A ada 1000 undi, berkemungkinan ada 1000 orang yang minat.
Kumpulan J ada 10 undi saja, berkemungkinan ada 10 orang yang minat.

Kalaulah diumumkan carta seperti di atas, akibatnya 1000 orang berpuas hati kerana Kump A yang hebat itu telah menduduki carta atas dan berasa tak perlu hantar SMS lagi. Manakala 10 orang yang percaya Kump J itu  hebat, sedangkan macam haram, akan terus mengundi supaya naik carta. Dan katakanlah ada lagi 5 orang pengundi simpati dengan nasib Kump J itu. Maknanya, 15 orang akan hantar SMS untuk pusingan seterusnya. Untung kecil, beb...


Apa kata kalau carta itu diumumkan terbalik begini:

1. Kump J - persembahan cam haram .... 10 undi
2. ...
.
.
9. ....
10. Kump A - persembahan hebat ..... 1000 undi.

Bila Kump A, yang diharapkan no. 1, ada di no. 10, 1000 orang seakan tak percaya. 1000 orang itu akan fikir Kump J yang macam haram tu ada lebih berpuluh ribu penghantar SMS. Jadi, 1000 orang  dan mungkin ada 500 orang peminat yang simpati akan menghantar SMS bertalu-talu supaya naik carta. Jumlah SMS 1500. Banyak untung tu....

Walau peminat Kump J mungkin tak hantar SMS sebab dah dapat no. 1, tak mengapa. Baru hilang 15 SMS je. Bandingkan dengan 1500 SMS.


Alaaa... bila dekat pusingan separuh akhir nanti, betulkan balliklah carta itu ikut undian sebenar. Tak siapa pun tahu, kan?




err.... atau memang dia orang dah buat macam tu dari dulu lagi?

Patutlah untung juta-juta. Hahahaa.... hampeh!
Pergilah undi banyak-banyak.





.

7 comments:

tasekM said...

mana bulih buat gitu.
deme ada auditor tu...

ko layan raja lawak yek...?
aku minat ke afdlin bulat tu je...

:)




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Auditor dalaman pun makan gaji gak... akhir nanti barulah auditor luar masuk...

hairul392 said...

undi sms ni untuk peminat tp tak sedar pihak penerbit untuk juta-juta.

aza ni said...

salam zam, tasek, hairul

go nazmi...

Nizam.Ariff said...

hairul,
kita kena bijak...

Azani,
Hah.. aku pun dah mula minat dia nih gak ni..

Go Nazmi..!

Insyirah said...

Percaya ke yg undian sms ni? Ntah2 management dalaman dah set siapa yg akan menang...bukannya menang berdasarkan undian sms pun. Huhu..

Nizam.Ariff said...

Syirah,
kita percaya.. tapi pada akhir je la . Tengah-tenagh macam ni, tentu dia orag permainkan pengundi majoriti...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com