Tuesday, February 8, 2011

Nam Jahan-Nam !

Aku panggil buah ini sebagai buah Nam Nam sahaja.
Ada nama lain untuk buah ini tapi aku dah lupa...nama yang ini lebih sedap sikit untuk didengar.






Dah lama sungguh aku tak tengok buah ini. Dulu masa aku kecil, aku biasa makan buah ini sebab jiran aku ada pokok ini. Yang aku perasan, buah ni bertangkai di batang dan di dahan, bukan di hujung ranting atau di pucuk macam buah mangga atau manggis. Kalau masih hijau rasanya masam tapi kalau dah masak kekuningan, ada rasa manis dihujung masam itu. Jadilah ia berasa masam-masam manis. Kalau dicicah dengan sambal kicap atau hanya garam, memang sedap. Teksturnya lebih kurang buah belimbing.


Kali terakhir aku tengok pokok dan petik sendiri buah ini ialah lebih 20 tahun lalu di Bandar Tua, Seberang Perak. Nama sahaja Bandar Tua tapi bukan bandar pun sekarang ni. Dulu-dulu mungkin, semasa zaman Kesultanan Perak tinggi 'memancor-mancor'.


Pada hari itu, aku dan geng kayak yang turun berhanyut dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan berhenti di Bandar Tua untuk bermalam. Kami berkhemah tidak jauh dari Masjid Bandar Tua, tak jauh juga dari kawasan kubur lama. Tidak jauh dari gigi Sungai Perak tempat kayak kami berlabuh dan tempat kami membersihkan diri itulah ada sebatang pokok Nam Nam yang telah tua. Dek kerana lapar menunggu makanan dimasak, aku dan beberapa kawan aku mengambil buah itu dan makan. Pada malamnya, tak ada mimpi apa-apa...ahaks.


Aku tengok bentuk buah itu macam abjad 'D'. Aku tak tau dari mana datang nama buah Nam Nam itu. Tak ada rupa nombor '6' pun.






.

6 comments:

tasekM said...

nam2 yg belah bawah kaler kuning2 tu nampak sedap benar tu...

lu makan rasa belimbing...?
gua makan nak gaya buah mangga la gua rasa...





.

Nizam.Ariff said...

TM,
Owh... citarasa kita berbeza gamaknya...

ibundo said...

macam tak penah jumpa je.

secangkir madu merah said...

memang pelik nama buah ni, rasa2nya takde dijual dipasaraya...1st time rasa semasa berkunjung ke rumah saudara sebelah Mr Hubby di Bukit Mertajam pada hari raya yg baru lepas, mmmmmmm sedap rasa buah mangga pada tekak aku.

aza ni said...

salam zam
buah namnam...hmmm...tengok real baru cam kot...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
buah ni kat kampung2 je. Kalau payah nak jumpa, boleh tanam banyak2 ni, komersial kan...

SMM,
aku rasa NamNam ni popularitinya macam kedondong jugak la kut...

Azani,
Ada orang kata Buah Katak Puru... cuba cari dan rasa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com