Wednesday, February 9, 2011

Persepsi....

Seorang anak muda bergegas ke dapur. Dalam nafas yang tak teratur dan peluh yang menitik-nitik di dahi, tangannya membuka laci satu persatu. Setelah nampak apa yang diingini, dia terus capai dan berlari semula ke ruang tamu. Pisau pemotong daging itu digenggam erat. Matanya membulat sambil memandang ke arah ibunya yang ketakutan.

"Emak diam. Jangan cuba nak bergerak..!" jerit anak muda itu. Dengan pantas dia melompat ke belakang ibunya. Secepat kilat dia kuis anak ular tedung itu sehingga tercampak ke dinding.
Dia masih tak puas hati. Lalu dengan sekuat tenaga yang ada, anak muda itu libas-libaskan pisau. Daging dan darah mula berkecai-kecai. Ibunya yang masih terkejut dengan kejadian itu terus-terusan menjerit-jerit. Anak muda itu bagaikan dirasuk, tanpa endahkan raungan ibunya, dia libas pisau itu tak berhenti sehingga putus kepala.



Adakah itu satu rasukan sebenarnya...?
Ataukah sekadar persepsi terpesong akibat cerita yang kurang lengkap?

Seperti kata-kata arwah Loloq:

'Ayatmu ayat sekerat, ayatmu tak cukup sifat. Ayatmu boleh buat orang sesat...'

Kadang-kadang sesat juga berlaku dalam terang-terangan.









.

13 comments:

ckLah @xiiinam said...

....dan tiba-tiba tekakku merasa haus...


...kerana cerita yang belum lengkap itulah!



Pepsi sebotol...taruk ais ya!

aza ni said...

salam zam
cerita separuh jalan mengundang pelbagai sangkaan

saya salahkan pembaca kerana tak beri peluang penulis untuk menyudahkan ceritanya....

so sila sudahkan cerita anda......he he

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Cerita tu lengkap tapi persoalan masih tak berjawab... hahaha

Azani,
Cerita tu dah sudah tapi sesuatu telah hilang diantaranya, tersembunyi dalam terang... hahaha

ibundo said...

cerita tak cukup sifat buat pembaca membuat andaian sendiri. Aku andaikan yang kena libas tu ular sawa..

tasekM said...

kalau baca n3 ko... mmg banyak ko sengaja buat ayat sekerat, kan...? aku dah paham benor dah...

tak sesat rasanya...

:)




.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dah dekat dah telahan tu... hahah

TM,
Guna kebijaksanaan lu, apa guna 'cursor' beso-beso kalay tak highlight semuanya, especially tempat yang terang-terang tu... hahaha

Unknown said...

"Emak diam. Jangan cuba nak bergerak..!" jerit anak muda itu. Dengan pantas dia melompat ke belakang ibunya. Secepat kilat dia kuis anak ular tedung itu sehingga tercampak ke dinding.



link...

tasekM said...

cis... anak ular rupanya.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
anak ular sembunyi dalam lubang...

ASH said...

Anak Rusa NANI kat mana pulok?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ekornya baru nak kembang... tak pandai jalan lagi...

secangkir madu merah said...

bahaya tuh kalau ular masuk rumah...
ular sawake ular lidi?

Nizam.Ariff said...

SMM,
ular sawa kalau kecik pun boleh dipanggil ular lidi kan..? hahaha
Selamat Berhari Jumaat, kak.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com