Sunday, March 6, 2011

Badang Moden di Malaysia

.




Dia telah 4 tahun pencen dari kerja memandu bas ekspress. Jadi, umurnya hampir 60 tahun. Aku bertemu saudara ini petang tadi. Aku katakan saudara kerana kalau dikirakan pangkat, Aku adalah BAPA SAUDARAnya. Ya, dia anak saudara aku. Kerana dia adalah cucu kepada abang kandung bapak aku. Tapi, tak bermakna umur aku 99 tahun lebih...


Dia bukan badang yang dimaksudkan. Cerita badang itu keluar dari mulutnya. Kebetulan pula, orang yang dikatakan 'badang' olehnya itu aku kenal kerana tinggal di kampung aku. Ini cerita dia:


Beberapa tahun dulu, Setapa (hampir nama sebenar) adalah 'timbalan' pemandu kepada Pak Abu (Pak Abu, Setapa dan saudara itu bekerja di syarikat bas yang sama).

Pada satu hari, kira-kira jam 8pm, bas dipandu Pak Abu dan Setapa sedang mendaki  bukit di lebuhraya Ipoh-Changkat Jering. Pada ketika itulah brek tangan bas terbabit telah rosak dan situasi menjadi cemas. Bas mula mengundur ke bawah bukit jika tak ditekan pedal minyak. Jika diteruskan pula, bas mungkin terbabas di selekoh di depan sana. Jadi, bas perlu berhenti di tepi jalan... tapi brek dah rosak.


Setapa yang berbadan sasa itu pun turun ketika bas bergerak merangkak-rangkak, dan berpesan kepada Pak Abu, ' bila aku jerit nanti, kau lompat keluar dan cepat-cepat cari batu untuk sendal tayar..'

Dengan lafaz Bismillah, Setapa pun pergi ke belakang bas dan menahan belakang bas dengan kedua-dua tangannya. Bila Setapa jerit suruh lompat, cepat-cepat Pak Abu lompat turun meninggalkan penumpang yang panik, lalu pergi mencari batu. Dipendekkan cerita, Pak Abu pun dapat cari batu yang besar untuk sendal tayar bas. Semuanya selamat.


Aku kenal Setapa itu dan memang dia pandai bersilat tapi aku tak tahu pula dia sekuat itu...





.

12 comments:

ckLah @xiiinam said...

Agak komplikated mahu memahamkan watak-watak nya ni...termasuklah watak bapa saudara yang muda ini. hahaha.

Ingatkan cerita pasal jadi kuat macam badang sebab makan beberpa potong sunkist tu.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
setakat makan sunkist tu tak badang, cikgu...

Makan pinggan tu barulah badang.. hahaha

aza ni said...

salam zam
mungkin kau boleh risik dari Pak badang tu, amalan dia.pas pas la pada kami yang lemah ni..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tak mau la.. nanti orang selalu minta tolong tolak bas rosak... hahaha

Tijah said...

oooo. badang skang tak makan muntah ek? sudah improve. hehehe.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Badang moden makan bubur nasi la ... bubur durian.. eh, bila nak musim durian ni? Ada durian ciput, mahal nak mampus...

Tijah said...

alahhhh. teringin kalu..ko pegi je big apple. situ kan ada yg perasa durian.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
nama pun Big Apple... ada jual durian gak ke? Aku bab-bab makanan orang putih ni kalau ko tipu pun aku caya je...

attholib said...

Org lama, banyak ilmunya...

Nizam.Ariff said...

M.Attholib,
Tapi tak tau pulak ilmu jenis apa dia pakai... hahaha

ASH said...

nak kenal! nak kenal!!

Nizam.Ariff said...

ashley,
ish.. pantang nampak lelaki hidung mancung...tak bleh.
Ni, kenal bapak sedara dia dulu ni... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com