Friday, March 11, 2011

Kisah Muffin yang kedekut

.





Tinggallah 2 muffin yang sama besar dan sama paras rupa di sebuah rumah yang sama paras dengan langit. Sama paras dengan itu juga, tinggallah beberapa penguasa-penguasa kota di rumah-rumah di kanan dan kiri yang sama paras dengan dahan pokok leban yang ke-empat.


Selama hayatnya yang 30 minit, kedua-dua muffin itu begitu serasi tinggal bersama-sama.

Sehinggalah pada suatu hari itu, dalam minit yang ke 31 mereka dilahirkan, seekor gergasi telah datang dan duduk di kerusi jati berhampiran.


"...okey, mana satu yang patut di makan dulu..? " tanya gergasi itu.


Kedua-dua muffin itu mula tak sehaluan. Mulalah mereka tuding-menuding. Itu baru dugaan yang pertama, sudah bantah berbantah.

" makan dia dulu... sebab aku tak cukup empuk " kata muffin 1.

" eh, makanlah dia dulu... sebab aku tak cukup penuh " kata muffin 2.



Gergasi pun naik berang. Dengan nada panas baran dia memekik:

" memang dasar muffin kedekut...! "


Kemudian, gergasi itu baca Bismillahirrahman-nirrahim lalu menangkap kedua-dua muffin itu hampir serentak lalu dimasukkan ke dalam mulut.


"... Mama, nak lagi...." kata gergasi dengan lenggok manja kepada gergasi wanita.





Moral: Lain kali kalau buat muffin, isi biar penuh-penuh...







.

16 comments:

NM02 said...

hahahaha.... kalu tak penuh pun, biar le banyak skit...

kucingorengemok said...

penat berjalan di tengah kota
mencari teman bukannya mudah
kalau tak tahu cara bertanya
kau akan tenggelaaaammmm
- lagu alleycats

Aku said...

NM02,
tu la... rugi elektrik je.. hahaha

KOG,
Memang tenggelammmm pun...hahaha.
Lain kali isi penuh2 la.

tasekM said...

kalau penuh pun dia nk lagi jugak... percayalah.

ha ha.





.

Aku said...

TM,
Sodapppp.... 'nak agi ama... wink wink..

secangkir madu merah said...

itu cerita anak gergasi kan? watak mama gergasi ada bapak gergasi mana? agaknya bapak gergasi tengah terbongkang kekenyangan lps pulun mufin?

tasekM said...

wink wink?

oooo... paham...paham... ni lain cerita muffin dia nih...


ha ha.




.

Aku said...

SMM,
Yang mintak lagi tu bapak gergasi la kak..hahaha
Anak gergasi tgh study nak exam esok.

TM,
wink.. wink.... hahahahaa

Fadhilah Maarif said...

gergasi tu kuat makan sungguh!!!!hehehe....

ashley said...

Muffin malam Jumaat ke ni?
.
.
.
hari ni tak dapat mula dari message dari MIMBAR

sue said...

kak ngah buat muffin ker?...boleh la pos ker putrajaya ni.....

AZANI said...

salam zam
buku tu...Di tengah Kota...lepas tu apa ya, tak jelas..

tertegul aku lihat muffin tu
,amacam , sesuai tak penggunaannya

Aku said...

FadhilahM,
Namanya pun gergasi, kak...
perut dia pun dah besar.... hahaha

Ashley,
Muffin betul2 kak... TM saja nak usik aku tu...

Sue,
Dah abis.... gergasi sekeluarga dah makan, siap bawak bekal ke opis lagi. Ariff siap awak bekal ke sekolah... nak bagi kawan2 , katanya...hahaha

Azani,
buku tu... memoir sasterawan Nora , sambungannya...
Ko patut tertegul melihat gergasi, bukan kepada muffin yang comel tu... hahahaa

Mutalib attholib said...

andai muffin yang kedekut itu dihias dgn krim2 berwarna, tentu ia menjadi cupcake yg menarik. Tentu sang gergasi lebih girang :)

secangkir madu merah said...

betul tu mutalib attholib...lebih2 lagi bapak gergasi itu..

Aku said...

M.Attholib,
krim hiasan tak mao... itu penaik nafsu jer.. sedang intipatinya masih pda muffin itu sendiri.. hahaha

SMM,
akak nak aku cepat gemuk ek..? hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com