Friday, March 4, 2011

Nafsu Malan Jemahat

.

Memang dia Tok, kata Jidin G-pang bersela nafas laju.

Gegar jantungnya dekat-dekat lagi nak sama dengan enjin 2 lejang jipangnya, tadi punyalah laju dia rempit ke dewan serbaguna di Merlimau Tua. Tak besar mana pun dewan tu, muat-muat 20 orang. Yang besar ialah kos membuatnya yang sama dengan 2 banglo berserta kolam ikan Karp Jepun yang airnya berjurai-jurai meleleh dari dinding batu. Yang besar ialah kereta dan poket mereka yang minta dewan itu masa pilihanraya 2 penggal lepas. Kerusi dan meja semuanya kecik-kecik.


Memang saya nampak Malan Tok, tambah Jidin G-pang lagi. Kali ini nafasnya lebih tersusun. Itu pun sebab dah teguk air kopi pekat, baki di dalam cawan Tok Ketua.


Jidin G-pang cerita lagi, dia nampak Malan Jemahat bawak tangga punium (aluminium) naik basikal. Malan Jemahat mungkin nak panjat rumah Usof, maklumlah siang tadi Usof bermenantu, orang dari Menora. Mungkin Malan Jemahat nak 'intai' ikut celah.


Cesss..! Tok Ketua tepuk meja. Dua tiga orang yang ada tersentak. Jidin G-pang pun hampir melatah.



Man Lilau terkedek-kedek berjalan masuk ke dewan itu dari gelap malam. Di celah-celah ketiaknya ada berlapis-lapis daun Ketum. Kalau terjatuh sehelai, Man Lilau akan membongkok, kutip dan selitkan semula di celah-celah ketiaknya.

Aku tercium harum kopi, kata Man Lilau. Elok susun katanya. Haruman yang menyedut jiwa aku ke mari, katanya lagi. Haruman yang memungkinkan aku hilang dalam kewujudan aku sendiri, tambahnya lagi.

Jidin G-pang tercengang dengan tutur kata Man Lilau yang ibarat baru lepas bertapa dari Pulau Besar. Tok Ketua geleng-gelengkan kepala. Minum air 'mujarobat' lagilah tu, tuduhan pun dilemparkan.


Kau ada nampak Malan Jemahat? Tanya Tok Ketua.
Ada, jawab Man Lilau ringkas.
Dia tengah pasang poster-poster BN berseli poster PAS pada tiang-tiang lampu, tambah Man Lilau lagi.


Yang kamu kepit daun banyak-banyak ni nak buat apa? Tanya Jidin G-pang pula.
Ohh... aku nak anyam daun-daun ni nak buat kepak, jawab Man Lilau.
Aku nak terbang ikut Ayu Jannah ke atas sana, tambah Man Lilau lagi.

Sambil itu, Man Lilau luruskan telunjuknya ke langit hitam sana. Jarinya tepat menuding kepada figura Ayu Jannah yang terawang-awang betul-betul di atas pusara Tun Teja. Figura Ayu Jannah yang hanya Man Lilau seorang mampu lihatnya.




Dan Ayu Jannah menanti anda pula di sini...

.

4 comments:

aza ni said...

salam zam
Ayu Jannah hanya nampak dek Man Lilau saja...Camar Hitam?

tasekM said...

baiklah.
kata camar hitam.




.

ASH said...

man lilau hanya nampak ayu jannah selepas dapat segelas besor ayor ketum!

Nizam.Ariff said...

azani,
setakat ni memang macam tu la.. kecuali kalau Jidin dan Tok Ketua tersingkap hijab alpanya...

TM,
Ada sekuel camar hitam tu taw...

Ashley,
Betul!!! tu sebab daun ketum banyak. Sesiapa nak nampak ayu jannah kena minum air ketum... hahah

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com