Tuesday, March 29, 2011

Naik - turun itu juga bersenam sebenarnya ...

.
Aku menyampah.

Punya la terdesak nak tahan orang supaya jangan cepat-cepat nak keluar.

Kadang-kadang dah macam pasang lukah. Masuk boleh keluar tak boleh.


Banyak pasaraya buat tangga macam ni:

1. Naik boleh guna tangga besi yang boleh gerak sendiri, bolehlah sembang-sembang. Tapi kalau turun kena ikut tangga batu yang statik dan nafas pun mengah-mengah dibuatnya.



2. Naik tangga besi boleh gerak sendiri di sini tapi nak turun kena masuk keluar kedai lepas tu baru jumpa tangga besi boleh gerak sendiri. Itu pun kat hujung alam.

3. Ada juga yang naik turun guna satu tangga batu sahaja... dia ni meniaga ikhlas ke tak sebenarnya?



Only in Jasin



Bukan.

Dia mesra alam. Dan mesra kesihatan. Sambil bershopping, sambil itulah bersenam.

Kepada akak-akak dan makcik-makcik yang pantang nampak perkataan "SALE", elok letak barang-barang jualan tu di tingkat 10.

Nafsu bershoping memastikan mereka bersenam naik turun tangga...






.

12 comments:

AZANI said...

Jasin Just in

kau kat Jasin? ambil stok ya?

secangkir madu merah said...

ini citer masa dia kat jasin haritu kan? kan? masa gi sepital jasin kan?

Aku said...

Azani,
Tak la... stok banyak lagi....
mana larat bro, kijang pun boleh terseliuh...

SMM,
gambar masa tu.. idea masa kini.... hahaha

tasekM said...

org pompuan mmg hebat ye.

kahkahkah.





.

Aku said...

TM,
aku tak kata.. ko yg kata...hahaha
pantang nampak sale... menonong je peginya... (tuduhannnn).

ashley said...

hahahahha..
.
.
.
aku ada VOUCHER!
siapa nak gi shopping kat PARKSON!!
jommmmmm

Aku said...

ashley,
tak mao....
kerja penat2 pastu parkson senang2 nak ambik duit kita...

hairul392 said...

bagus juga bershopping + bersenam..
tapi klo 5 tingkat tercungngap.. mcm kat jackel sa..

kakpah said...

orang pompuan kalau dah nak beshoping tak kiralah turun naik pakai tangga. Janji ada orang sebelah tolong hangkut barang.

Aku said...

hairul,
jangan pegi... lenkali ari yg jual kat kaki lima atau parking je... senang...


kakpah,
suh orang kedai tu hangkutkan pun tak apa...

ashley said...

kalau tak shopping, tak payah pakai baju, suor?
.
.
.
.
Simpaannnnnn jer duit tuh?
Nilai duit.. merosot juga wehhh...

Aku said...

Ashley,
beli kat bundle dah la... murah.

hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com