Friday, March 4, 2011

Tangisan isteri dipagi Jumaat...

Ini kisah benar.


Seorang wanita cantik, juga seorang ibu muda, juga seorang isteri yang setia, subuhnya digenangi air mata. Sedu sedannya menjadi muzik awal pagi Jumaat itu. Getar bahunya seperti jerit pekik jam loceng menggugah lena.

Aduh! Apa sebabnya? mungkin itu kata suaminya...

Ada kurang dimana-manakah malam tadi? mungkin itu fikir suaminya.

Mana-mana lelaki pun akan kelam-kabut jika si isteri menangis di subuh Jumaat yang keramat, yang penuh berkat itu. Mana-mana yang ego pasti akan mempersoalkan kegagahannya.



Ceritanya begini:

Akibat kelam kabut dan mengejar masa, si isteri telah tertinggal satu barang paling berharga dalam kerjayanya: laptop. Yang membuatkannya menangis ialah dia tak tahu dimana laptopnya berada. Mungkin hilang. Mungkin telah diambil orang. Dan punahlah segala kerja dan data yang dibuatnya selama ini.

Si isteri, yang juga seorang perempuan yang sejati, air mata memang teman peribadi. Laporan polis menjadi agenda ke-3. Yang ke-2...? entah...Tapi, belum sempat dia mengetuk pintu balai polis pagi tadi, dia menerima satu panggilan telefon.

Rupa-rupanya, ada sahabat yang telah terjumpa dan menyimpankannya semalam.

Pagi tadi, sebagai tanda syukurnya, dia belanja kami semua satu pejabat dengan ini:







Pergh... aku rebut yang original.

Kacuk-kacuk ni tak main la...




.

16 comments:

Anonymous said...

pagi jummat yang sangat la dramatik!! huhuhu malunya cite i ni masuk blog :) anyway, thanks for the wonderful story nizam :)

Nizam.Ariff said...

Fadhilah,
Itu masa kamu, mungkin nanti kita orang pulak.... thanks for the meals.

aza ni said...

ha ha ayat kurang tunjuk langit
"Mana-mana lelaki pun akan kelam-kabut jika si isteri menangis di subuh Jumaat yang keramat, yang penuh berkat itu. Mana-mana yang ego pasti akan mempersoalkan kegagahannya."

aku nantikan saat kau menjadi sutradara dikancah layar perak nasonal.

Hana Nasir said...

:) tak tahu sama ada nak ketawa kat reaksi sang suami, nak marah kat nizam sebab tajuk tu buat orang tertanya tanya atau nak kesian kat wife tu..

:) mana mana perempuan pun, bila dah panik dan tak nampak jalan keluar..tu yang termampu dibuat. :)
like the story :)

ckLah @xiiinam said...

Hari ni tak ada mesej dari mimbar Jumaat...

attholib said...

huhu.. syukur alhamdulillah... Ada yg tolong simpankan :)

Nizam.Ariff said...

Azani,
Kalau aku jadi sutradara, Man Lilau dan Ayu Jannah pasti jadi watak-watak utama... hehehe. Bagi org pening.

Hana Nasir,
Dalam kes begini, awak patut kesian pada kedua-duanya. Perempuan dan air mata, seperti lelaki dengan kopi O nye... ye, tak ada kaitan kedua-duanya...hahaha

Cklah,
Arini khutbah ikut skrip la...ikut teks. Mende-mende yang biasa-biasa kita dengar... minggu depan pulak, Insyaallah.

Nizam.Ariff said...

M.Attholib,
Sangkeng rasa syukurnya itulah dia belanja kami satu pejabat dengan KFC... rezeki kami atas kepanikkan dia... hahaha

tasekM said...

aku pun tak minat kacuk2. yg kacuk dgn daun kari + limau ke hape dulu... lagi tak bulih nk layan...










gila mengomen pukul 1 lebih.
aku tak bulih tidor wey...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ooo.. yg tu aku pun tak bleh masuk. Dia mana boleh lawan ayam goreng rempah kari mamak.

Tak bleh tido, g la joging dgn Tijah barang se round dua... hahaha

Linda said...

Haha Nizam... Burp... Terima kasih juga kepada 2 orang yang jumpa laptop tu... Sebab diorang jugaklah kita kenyang makan hari tu.

Thanks kak fadhillah!

Nizam.Ariff said...

B.kedondong,
err... apa kata ko pulak terlupa bawak balik laptop? Kali ni, beli pizza pulak...

secangkir madu merah said...

fuh tajuk... takot..

aku pun suka yg ori...


kadang kadang masalah org menguntungkan org lain jugak...

Nizam.Ariff said...

SMM,
Tajuk kena menyentap kak... hahaha

Ciplak-ciplak tak main la kak, kan..?
err... kecuali DVD

ASH said...

lepas ni, aku syak akan ghamai yang akan hilang laptop kemudian dijumpai semula!!
.
.
.
Nizam punya kerja la ni!!
Salahkan dia sebab masuk blog sebar maklumat!
.
.
.
Cara nak dapat makan free..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ala-ala party gitew.. hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com