Saturday, April 23, 2011

... dan cerita itu pun dibawa hingga ke Tanah Suci, dahsyat Mamat Khalid

.

Ada seorang kakak di ofis depan. Dia baru balik dari Umrah 2 minggu lepas. Dia panggil aku ke depan, ada 'barang' nak diberikan kepada aku, katanya. Aku pun pergi jumpa dia.


Sambil-sambil dia bungkus itu ini untuk aku, sambil itu juga mulutnya tak henti-henti bercerita tentang pengalamannya di sana. Tentang suasana, tentang ramainya orang walaupun hanya Umrah tetapi macam ketika musim haji kerana visa Umrah baru dibuka, katanya. Dia bandingkan suasana Umrahnya itu dengan Haji yang pernah dibuatnya beberapa tahun sebelumnya.


Sambil-sambil itu, dia juga bercerita tentang rakan sebiliknya yang bergelar Datin tapi 'groovy' dan sempoi. Dari Malaysia lagi, dia asyik bercerita tentang Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dia ajuk dialog-dialog yang terkenal itu kepada anak perempuan kakak itu. Mengekeklah mereka ketawa. Meriah.


Dan dalam satu insiden ketika jalan-jalan membeli belah di sana, Datin dan kakak itu seringlah keluar masuk gerai-gerai kerana memillih itu ini, untuk cenderahati dan cenderaperut orang- orang yang di tinggalkan di Malaysia.


Dan menjadi satu kelaziman orang Arab di sana, setiap kali melihat raut wajah Melayu pasti akan ditanyai .." Indon..?"... " Indon..?.." kerana ramainya orang Indonesia datang ke sana.



Masuk kedai pertama, orang Arab tanya... " Indon...?.."

Maka, dijawab oleh Datin itu... " No... Malizie... Malizie.. (Malaysia).."


Masuk kedai kedua, pun sama juga.  Orang Arab tanya ... " Indon..?.."

Dijawab pula oleh Datin itu... " No... Malizie... Malizie.. (Malaysia).."


Masuk kedai ketiga, Datin tu dah mula hilang sabar. Sebelum Orang Arab tanya lagi, dia terus berkata dengan kuat di dalam gerai itu..


" Aku orang Malaysia !!.... jikalau tak cukup ilmu di dada, takkan aku berani datang ke sini...!!! "

Jeritnya dengan gaya tok pawang Indon dalam filem Mamat Khalid itu.



Kakak itu cerita, dia gelihati, ketawa sampai terkencing dalam kain telekungnya.
Dia basuh kainnya di tandas dan sepanjang itulah juga dia menyumpah si Datin itu.






.

6 comments:

AZANI said...

AsSalam zam
Tak lama lagi toke video WWE Kuwait sebar HML ke tanah Arab..

tasekM said...

terkencing?

kahkahkah...

org pompuan mmg rajin ada masaklah injap.
mmg leceh.

ha ha.





.

Aku said...

Azani,
Aku musykil, dia org buleh faham loghat perak ke?


TM,
Memang gitu ek..? ye la, kalau jantan bulih le cerut je muncung tu pakai selotape... hahaha

Aku said...

Kalau aku, aku tak sanggup nak menyalak tempat orang macam tu...

Hasri bin Hasfa said...

enjit2 semut, siapa sakit naik atas...?! criter HMLBR nih betul2 fenomenal...

Aku said...

Sepa,
Citer simple nak mampos tapi watak-wataknya kuat ya amat..!


solute...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com