Friday, April 8, 2011

Jantung aku digenggam erat sehingga terhenti...

.

Masa itu waktu malam. Masa itu aku di darjah 5. Masa itu aku di kampung.

Malam itu aku tak dapat tidur. Aku demam sampai menggigil. Dah makan Cortal pun masih belum 'jalan'. Dah berbotol-botol oren 'bodoh' (arwah) Bapak belikan pun masih belum kebah. Emak kejap-kejap jenguk aku sambil lapkan badan dan dahi dengan tuala lembab.


Aku dapat tidur sekejap tapi aku terjaga di tengah malam. Aku bermimpi yang jantung aku tiba-tiba terhenti. Terasa seperti ada satu tangan yang menyeluk rongga dada aku dan memegang jantung aku. Mula-mula tangan itu usap-usap jantung. Setiap usapan itu aku terasa seperti ngilu yang teramat. Seriyes... aku boleh rasa, sampai sekarang aku ingat. Kemudian, tangan itu ramas-ramas jantung aku yang masih berdegup.


Tiba-tiba tangan itu terus genggam sehingga jantung aku tak boleh berdegup lagi. Masa itulah aku rasa sesak nafas. Mula-mula payah bernafas, aku keluh kesah. Tarik nafas dalam-dalam tapi terasa tak puas. Macam orang kena asma. Akhirnya, aku tak boleh bernafas. Aku mula tercungap-cungap. Kemudian aku terasa pandangan aku terasa kecil. Tubuh aku juga menjadi kecil dan kecil, akhirnya aku terawang-awang di ruang kosong dan gelap. Aku semakin lemah, juga semakin kecil dalam ruang gelap yang semakin besar.


Ketika itulah aku terjaga dan aku bernafas dengan laju. Aku takut nak tidur semula. Sehingga pukul 1 pagi, aku masih menggigil. Emak datang jenguk lagi bila aku panggil dia dengan suara terketar-ketar. Dia rasa badan aku. Masih panas. Dia panggil Bapak. Bapak pegang-pegang badan aku. Dia urut-urut badan aku.

"esok kita pergi klinik..." katanya.


Di klinik desa itu, aku dibawa berjumpa seorang doktor yang tinggi lampai. Dia pegang-pegang badan aku.

" berapa lama dia demam ni  pakcik..?" Doktor.

" dah 3 hari.."

Doktor ambil sampel darah aku. Dia suruh aku dan bapak aku tunggu di luar. Akhirnya doktor beri preskripsi kepada farmasi. Ada Quinin. Aku ingat lagi betapa pahitnya Quinin itu.


Beberapa hari selepas itu, aku buat rawatan susulan. Aku disahkan mendapat demam malaria. Maknanya, gerak hati doktor itu benar bila lihat aku menggigil macam 'kereta 3 selinder'.



Update:

Kadang-kadang mimpi terasa macam jadi betul-betul...
Agak-agaknya, orang yang meninggal dalam tidur tu macam tu la kut...






.

10 comments:

aza ni said...

salam zam
masih lagi tak kebah demam tu?

pi klinik , cek,kita boleh dapat tahu dan rawatan yang berkaitan..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tak mao.. tak mao..!!!




.

aza ni said...

nanti aku minta tolong tasek, nak?

Fadhilah Maarif said...

demam lagi? tak mau gi klinik? ini macam mau kena sesah(pukul) ni..hehehe.. cegah sebelum parah...

tasekM said...

pi klinikkkkk...
pi klinikkkkk...


ke nak aku dukung...?




.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tasek kecik.. mana larat nak pukul aku...


FadhilahM,
Alaa.. demam biasa-biasa jer...


TM,
Tak mao... tak mao..
Kat klinik nanti kena cucuk. Jarum besarrrrrr..... nanti ering darah kena sedut..




.

secangkir madu merah said...

kalau demam terlalu panas, pesakit akan meracau-racau... agaknya sebab dapat mimpi macam tu lah kot... kan?


sbb tu kalau anak2 aku demam, tidur malam aku tak lena, kejap2 bangun kejap2 rasa badan dia dan basahkan tuala letak atas dahi kendian letak kat badan... kisah benar ada kawan aku anak dia demam dibiarkan saja sehingga esuk pagi anak dia meninggal... dah sampai ajal dia tapi klu ibu atau ayah dia berjaga dan bagi makan kotal ke mungkin boleh diselamatkan kot..

baik kau pergi klinik cepat...

.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Dah pegi.. dah abis pun antibiotik... cuma sinus je gatal lagi...

Linda said...

tu la..hantu deghoyan kaco mike nih!

Nizam.Ariff said...

b.kedondong,
masa tu mana reti makan deroyan banyak2...perut kecik..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com