Monday, April 25, 2011

Kau kunyah, kau mamah aku. Tak apa, aku relakan tapi...

.

Aku telah harungi naik turun dalam hidup aku. Selalunya banyak yang turun daripada naik. Aku telah biasa dengan semua itu.

Dan kini, kau kunyah-kunyah aku lagi. Kau gaul aku dengan lendir-lendir busuk dan hanyir. Kau mahu telinga aku ini mendengar segala leteran berbaur air liur busuk kamu. Sudah-sudahlah.

Baiklah. Aku biarkan diri aku kau mamah, kau kunyah. Buatlah sesuka hati kau. Itu hendak kamu dan kamu benar-benar lakukannya. Aku tak sangka, kau benar-benar lakukannya!


Aku kau kunyah. Aku biarkan diriku hancur dimamah kamu. Sakit. Perit. Luka dibalut pedih. Dan aku pun menjadi terlalu lemah. Hancur. Hancur. Hancur.


Tetapi kau tak mampu hancurkan hatiku. Hati aku masih utuh. Dan hati aku sedang mencari-cari jalan untuk pembalasan. Aku bukan berdendam tetapi sekadar mahu pembalasan yang adil. Itu sahaja.

Kau biarkan aku lalui laluan yang berliku. Laluan berbelok-belok. Laluan yang gelap. Setelah kau kunyah aku dan kau sedut segala manis dan lazat daripada aku, kau tinggalkan aku di lorong yang berliku dan gelap gelita begini. Tak apa. Aku akur. Silakan.


Dan tanpa kau sedari, aku kumpul cebis-cebis diri yang hancur tadi dan aku cantumkannya. Aku jahit di lorong gelap dan berbelok-belok ini. Aku kumpulkan segalanya kembali menjadi satu dilorong gelap ini.


Dan aku bertapak di sini. Aku mahu menetap di sini. Satu pembalasan yang adil, bukan? Ya, aku mahu kau pula rasakan betapa peritnya hidup ini. Biar kau tahu erti kesakitan yang sebenar.




Aku biarkan kau sembelit.

Aku tahu, kini kau mungkin sedang memamah julap. Silakan. Aku tak kisah asalkan aku sempat membuatkan kau memulas walau sebentar. Kau derita?

Ok. Ok.. aku keluar sekarang.......



'Uuukkkkkk......! '






.

10 comments:

AZANI said...

makan durian lagi?

Aku said...

Azani,
takde kena mengena dgn durian. guna imaginasi anda... hahaha

secangkir madu merah said...

eeeee... citer apa ni?

membaca N3 mu ini buat aku rasa mual dan sakit perut lak dgn tetiba...

Aku said...

SMM,
hmm.... aku patut tajukkan entri ni..'mual' kut... hahaha

tasekM said...

dah ngape pulakkkkkk....







macam2 la ko ni bang.

:)


.

Aku said...

TM,
Aku bayangkan kalau aku ni seketul ta** yang keras kepala (nya)...


Abis tu, dulu aku dah jadi anjing, babi, lintah... paus dgn sepah bulan je belum lagi...

takanang juo said...

busuknya!!!!

Aku said...

Kakpah,
Akakk.... makan potai pulak tu... pergh...bau dia...

tasekM said...

bila nk hapdet nih.....?





ehem!

.

Aku said...

TM,
Weh.. ko tu dah seminggu tak hapdet...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com