Tuesday, April 19, 2011

Macam mana nak kenal telur 'asli'..?

.
"Mamak, kasi telur separa mentah dua biji...!"


 " Telur asli atau tiruan..?"




Terus terang, aku tak pasti mana satu telur asli atau bukan. Dan nasib baik telur yang disangka tiruan itu adalah telur asli sebenarnya.



Pada mulanya, aku terkejut juga bila ada yg kata ada telur tiruan. Serta merta aku terfikir, alangkah pandainya pemilik kilang telur tiruan itu sebab boleh buat telur dengan yolk dan telur putih yang hampir sama.

Yang lebih penting, aku tak boleh terfikir teknologi macam mana kilang tu boleh masukkan yolk (kuning telur) tanpa terpecah membrannya ke dalam kulit telur.


Dan yang lebih kagum ialah dengan segala teknologi dan usaha kilang itu, dia boleh pasarkan telur itu dengan kos sebiji telur tiruan lebih murah dari telur asli.



Sedangkan telur asli tu, Tuhan dah jadikan ayam itu bertelur hampir setiap hari tanpa perlu ayam itu berfikir macam mana nak pastikan telur kuning itu berada dalam kulit telur.

Kalau ayam itu ditanya pun, pasti dia pun tak tahu macam mana...






.

10 comments:

tasekM said...

sejak ko tutup blog nih... manjang aku tak perasan ada n3 baru.

aku ada dpt email mcm mana deme buat telur tiruan nih. pandai betul...





.

tasekM said...

kejap.

ko dh bukak balik ke blog nih...?






.

Aku said...

TM,
Ada email ker? Kasi fwd kat yahoo aku, nak baca.

Aku bukak kejap jer nih, nak refresh entry title kat kawan2 jer...

ni nak tutup balik le nih.. hahaha

tasekM said...

gitu pulak. hahaha...

ok.
nnti aku try godek email aku.
kalau jumpa nnti aku frwd.




.

ckLah said...

ckLah tetap dengan bekalan endog dari embah wedok anak2 ckLah kat sungai Manila.


(errrr...maksud ckLah endog ayam dan bebek embah wedok)

Aku said...

TM,
Aku musykil dia boleh buat perfect macam tu dgn kos yg murah... takpe, aku tunggu email ko, aku nak baca dulu...



CkLah,
Ohh.. itu endorg organik tu...
Kalau dibiarkan beberapa hari, akan muncul ayam organik dari endorg tu... hahaha

AZANI said...

salam zam undian masih dibuka?
cari di youtube, bawah tahuk fake egg atau counterfeit egg..

Aku said...

Azani,
Payah aku nak tau pelesu atau tak selagi tak tengok sendiri...

Fadhilah Maarif said...

saya suka makan telur ayam..

Aku said...

FadhilahM,
Anak murid che'gu Shaari kata " saya suka main bola, hari-hari saya main bole..." hahaha

Aku pun suka gak makan telur tapi sekarang ni kena kurangkan sikit. Takut naik berat badan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com