Tuesday, April 5, 2011

Tempuh Mereput... jangka hayat vs separa hayat

.

Aku tertarik dengan laporan mutakhir tragedi di Jepun. Akibat kekurangan kelengkapan, air cemar radioaktif Iodin dilepaskan ke laut. Dan dicatatkan bahawa Iodin beradioaktif yang dilepaskan ke laut itu tidak bahaya kerana tempoh jangka separa hayatnya HANYA 8 HARI...


Reaksi spontan daripada orang ramai mungkin  begini " selepas 8 hari, kesan radioaktif itu akan hilang...."

Bukan !


8 hari itu adalah tempoh separa hayat untuk isotop Iodin itu. Bukan tempoh untuk radioaktif itu hilang. Bukan. Jangan salah anggap. Dan tempoh SEPARA HAYAT tak sama dengan tempoh JANGKA HAYAT.


Radioaktif adalah atom-atom yang tidak stabil dan akan 'mereput' dengan memancarkan sinaran sama ada gamma, beta atau alpha semasa proses mereput. Gamma yang bahaya kerana gelombangnya mampu menembusi lebih jauh. Atom-atom itu mereput dengan cara membebaskan partikal sub-atom. Bukan bebaskan macam lepaskan tali sauh atau putuskan tali layang-layang. Bukan. Proses pembebasan itu seperti 'pop corn' yang meletup-letup. Sinaran itu adalah hasilnya.


Cuma, radioaktif yang meletup macam 'pop corn' itu lebih terkawal dari segi letusannya. Hampir sekata sehinggakan ada formula untuk kita kitaran separa hayat.

Tempoh separa hanyat boleh ditakrifkan sebagai tempoh untuk jisim satu radioaktif itu menjadi separuh dari jisim asalnya. Kitaran adalah 1/tempoh ini.

Tempoh separa hanyat radioaktif bukan sama. Ia bergantung kepada jenis atom radioaktif itu. Ada yang beberapa hari. Ada yang beribu tahun seperti uranium dan plutonium.


Number of
half-lives
elapsed
 Fraction
remaining
Percentage
remaining
0 1/1 100
1 1/2 50
2 1/4 25
3 1/8 12 .5
4 1/16 6 .25















n 1/(2n) 100/(2n)



Berbalik kepada laporan Radiaktif Iodin yang dilepaskan ke laut, tempoh 8 hari adalah tempoh separa hayatnya.

Maknanya, isotop itu perlukan 8 hari untuk menjadi separuh daripada jisim asalnya, dan perlukan masa 8 hari lagi untuk menjadi 1/4 hanyatnya (kitaran ke 2). 

Kitaran ke 3? 
1/(2x2x2) = 1/8.
Dan untuk menjadi 1/8 daripada jisim asalnya, tempoh selama (8 hari x 3 kitaran) = 24 hari.

Begitulah seterusnya. Jadi, bila masanya untuk menjadi sifar???
Ia adalah eksponen. Nak jadi sifar secara matematiknya nilai 'n' perlu besar atau (infiniti-1), maknanya tinggal satu nombor lagi sebelum infiniti, tapi belum infiniti... hahahaha.

Tak kisahlah tu. Kalau peratusan itu dah sampai 0.0000000000000000000001%, dah dikira kecil sangat lah tu. Ye ke?

Bukan juga!

Jangan terpengaruh dengan peratusan. Peratusan mengabui mata. Peratusan itu cuma pecahan dan ianya bergantung kepada nilai jisim yang dilepaskan ke laut!


Persoalannya sekarang:
1. Berapa jumlah jisim radioaktif yang dilepaskan ke laut?
2. Berapa ppm (part per million) yang dikatakan selamat untuk manusia?



Katakanlah jumlah jisim radioaktif Iodin yang dilepaskan itu 1000 kg (yang terlarut dalam beribu-ribu gelen air laut).

Hari ke 8 = 500 kg
Hari ke 16 = 250 kg
Hari ke 24 = 125 kg
Hari ke 32 = 62.5 kg
...


Dan katakanlah, selepas beberapa bulan, tinggal 0.5kg dan ianya terlarut dalam air laut yang seluas Singapura dan menuju ke Malaysia, adakah ianya masih selamat? berapakah jangka hayat untuk ianya mencapai ppm yang selamat? 6 bulan, setahun, 5 tahun?

Itu persoalan pokok. Bukan dengan mewar-warkan tempoh separa hayat 8 hari itu.
Labih-lebih lagi kalau perkataan SEPARA HAYAT itu di tukarkan kepada JANGKA HAYAT.

Tak sama langsung dan mengelirukan.






Oh ya, maaf sebab lambat berkunjung ke blog kawan-kawan.
Gua demam.

.

10 comments:

aza ni said...

dalam demam pun lu dashat...

terimakasih zam kerana meringankan sedikit kebebalan aku.

aza ni said...

aku dengar ceita selepas ber puluh puluh tahun gurun di mana perbuban bomatom diledakkan oleh us pun masih tak selamatDikatakan Johnwaymemati kerana kanker kesan dari radioaktif ketika buat filem di situ.lama setelah habis shooting.

Nizam.Ariff said...

Azani,
bom atom biasanya guna plutonium (dulu, sebelum penguraian).
temph separa hayat plutonium lama...

jenis tak sama untuk reaktor kuasa nuklear

ribu-ribu tahun pun belum tentu abis.

aza ni said...

a ah lupa lak bahan bahan yang boleh jadi unsur radioaktif..banyak.
aku google dan dapat ini
http://www.buzzle.com/articles/list-of-radioactive-elements.html

banyaknya...

secangkir madu merah said...

kepala aku mula pening... ada virus ke kat sini?

Nizam.Ariff said...

Azani,
tu la... cuma beza pada tenaga. Macam laser gak. Dulu aku ingat semua laser power, rupa-rupanya ada banyak tahap kekuatan...

SMM,
pening..?? ada muntah2 tak?
check perut... hehehe

tasekM said...

baca n3 ko tetiba aku rasa tak nak makan apa2 yg dtg dari laut. heh.







dah baik ke demam tu...?



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Blom lagi nih...
Ariff pun dah kena...

ASH said...

Aku,
Tas,
AZANI,
dan semua,
kalau tiba tiba esok ikan tak nak timbul dari laut, jangan salahkan bangau!!
.
.
.
TAS,
apekemender nak dimakan kalau semuanya mati...
.
.
HAIH..
orang BANGI perlu risau....
HAL HAL NUKLEAR dikaji kat sini wehh

Nizam.Ariff said...

Ashley,
takpe.. bangau pun ikut mati...


Nuklear kat bangi tu berapa gram je...tak meletup. Tak berlaku chain reaction kut sebab critical mass nyer belum cukup.

cuma dia pancarkan sinaran secara semula jadi jer...


Apa ujian yg dia buat kat sana ek?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com