Tuesday, May 31, 2011

Aku dayung 1 jam 45 minit tanpa henti. Hah... padan muka... amik ko...

.

Semalam. Berhempas pulas, keringat menyembah bumi, nafas tak teratur lagi, dada berkocak-kocak, debaran memuncak...

Semalam juga, dek kerana nafsu sarakah yang berpunca dari perut, 1 jam 45 minit tanpa henti tangan aku mengayuh sudip di dalam wajan membuat serunding kelapa.


Malam tadi, pergelangan tangan dan lengan berdenyut-denyut dan pedih terasa di dalam daging dan otot.

Aku memang dah problem dengan lengan kanan aku ni.


Dan pagi tadi, tangan kanan tak boleh di pakai macam biasa.


Kalau gerak sikit, pedih menjalar ke urat nadi.


Nak bangun dari sujud punyalah seksa menahan dengan tangan kiri saja. Kalau badan iras-iras keladi tak apa lah. Ini tak. Badan iras-iras kelapa sawit tak berbuang daun.


Nak makan pun silap-silap kena minta Mama tolong suapkan.


Nasib baik tangan kiri boleh digunakan lagi. Tak payah nak mintak tolong Mama cebokkan.



Salah satu perkara dalam 5 perkara telah hadir... owh!..








.

14 comments:

Hasri bin Hasfa said...

brader,
zaman sekarang robot jeh yg buta bebenda tuh... kita tekan butang jeh... tua dah kita rupe-nya yeh...!

Aku said...

Sepa,
jiwa muda.. tak sedar badan dah tua...

agak-agak bila kita nak mati ni ek?

tasekM said...

mama kena kerja keras sikit la belah malam.

hehe.





.

kucingorengemok said...

aku pernah kena masa tak ingat dunia gentel bergedel, nanges wa cakap lu!

sila lomor tangan dengan minyak panas...

Aku said...

TM,
Keje keras ... urut tangan aku ek? hik hik hik...



KOG,
Ok. Baik hati KOG ni taw... prihatin. i like!

kakpah said...

ala baru satu jam 45 menet. Kau cuba kira sejak korang kawin berapa jam mama dah masak tuk kau, dah basuh baju, gosok baju, menyapu, mengemop bla..bla..bla..
Setakat satu jam 45 menet eden tak heran..
(hik..hik.. memang padan muko ekau)

AZANI said...

benda kalau sekali sekala buat memangcam tu...alah bisa tegal biasa...maknanya lps ni kena buat serunding kelapa, tiaptiap hari...
ini langkah awal nak buka perusahaan serunding kelapa...jangan kau letak lambang tengkorak berpangkah udah le...letak gambar tempurung pun ok... ha ha ..

Water Lily said...

Aku syak ko belajar tulis tajuk entri dengan Sinaganaga :D

Padan, aku sokong kak Pah hahaha!

SHIMI said...

Pompuan semua nak belasah lu bro,
tak pe gua backing lu.

alah! depa semua tak paham perasaan seorang laki bro.

Fadhilah Maarif said...

tu la.. mintak sikit tak bagi...

kak WL & kak pah, i sokong.....hehehe..

Aku said...

Kakpah,
Itu semua buat tak berterusan... gosok, rehat...lipat, rehat... Ini non-stop kak.. Kalau makan nasi kunyah sampai sejam lebih pun lenguh gak kak... hahaha


Azani,
Eh... bulan pose nanti boleh bukak gerai la kalau gitu... hahaha



Waterlily,
kasihanilah adikmu yang sedang kesakitan ni kak... uhuk uhuk..



Shimi, Shimi!!!!

Akhirnya, kaulah setitis embun yang diidami oleh seorang pengembara padang pasir seperti aku ini.

Ya, mereka payah untuk memahami perasaan seorang lelaki.

Selama ini kita dipengaruhi dengan kenyataan bahawa 'mustahil untuk memahami hati seorang wanita'... menjadikan wanita satu dunia bangga kerana kenyataan itu menjadikan mereka seolah-olah misteri yang kaum lelaki perlu terokai dan terokai...

Padahal, bagi aku, kenyataan itu hanyalah propaganda kaum lelaki untuk 'membenarkan' mereka 'teroka dan terus teroka' dunia wanita tanpa henti dan halangan lagi... ahaks!



FadhilahM,
Alaaa.... wanita payah nak faham pengorbanan lelaki la dari segi bab buat serunding-serunding nih...

ashley said...

hahahhahahah...
aku nak guling bguling gelak jerrr..
.
.
.
gelakkan ko
gelakkan komen komen..
dari azani, dari kakpah, dari waterlily, dari semua semua yang 'mendera' jiwa dan yang juga cuba mengubatinya sperti SHIMI..
.
.
.
hahahaha..
.
.
syabas untuk ko kerana bekerja KERAS!

ashley said...

pssstt..
ulu ko kan suka BERKAYAK?..so setakat dayung kat kuali tu patutnya takder hal la..
.
.
.
.
BUKANNYA DAYUNG...
errrr..errrr...never mind lah!

Aku said...

Ashley,
Ni.. akak sokong sapa nih? Kesianlah kat aku nih... tak mampu berDAYUNG lagi nih.. hahaha

Masa kayak dulu berdayung dua orang. Yang ni berDAYUNG sorang-sorang, mana larat kak... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com