Saturday, May 14, 2011

Cap Tengkorak

.

" Cantik padi Pak Mail ni. Tak banyak rumput Sambau. Racun apa yang Pak Mail guna ?"

" Racun yang mahal sikit. Racun Cap Tengkorak ".




Masa aku kecik-kecik dulu, racun yang paling power ialah racun cap tengkorak. Malah, kalau nak tuba ikan atau udang di sungai pasti racun cap tengkorak yang menjadi pilihan. Letak satu penutup botol pun sudah cukup untuk buat ikan dan udang menjadi pening-pening lalat. Itu pun kalau tak mati.


Kalau nak bunuh lalang, yang sememangnya liat untuk mati, antara racun pilihan adalah racun cap tengkorak selain dari Round-up, tapi racun Round-up mahal. Racun cap tengkorak ini lebih murah.


Sekarang ini, bila aku balik kampung dan aku tanya ballik, masih ada masih kata " aku guna racun Cap Tengkorak ".














Aku rasa, semua racun ada cap tengkorak pada bekasnya. Tak gitu ?

Jadi, racun jenis apakah yang yang dia orang pakai sebenarnya?







.

7 comments:

AZANI said...

racun lalang cap kepala bapak ayam

AZANI said...

ake pernah nampak kat estate,, gramaxone kalau tak silap namanya..

AZANI said...

diapun buat baja.

tasekM said...

apsal cerita racun2 lak nih...?
ko jgn kata ko nk beli sebotol lak yek...?




.

Aku said...

Azani,
Gramoxone... itu bukan jenama ke?


TM,
Kalau situasi mendesak, apa salahnya simpan sebotol kat rumah... manalah tau... hahaha

Hasri bin Hasfa said...

dino,
... ada gak cap 'rimau lepak bawah pokok kelapa'...

Aku said...

Sepa,
Tu bukan todi haram ke?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com