Wednesday, May 11, 2011

Cina sembayang punya.....

.

Memang gaya aku macam itu agaknya bila tiba bab tawar menawar.

Aku memang malas nak bertekak pasal harga dalam tawar menawar. Entah kenapa. Biasanya, aku akan nilai dulu barang yang aku hendak beli. Aku belek-belek dan aku tetapkan dalam hati aku berapa yang aku sanggup bayar untuk itu. Tak kira apa pun barang itu.


Kalau memang jenis tak masuk akal harganya, aku tak akan tanya kali kedua. Aku terus blah. Selalu juga aku panggil towkeh kedai dan aku cakap kepada ia, " aku hanya tanya harga sekali sahaja dan tak akan mintak tawar lagi, so, give me your bestest of the best price..." Itu biasanya kalau buying power berpihak kepada kita.


Bila aku dah setkan nilai itu barulah aku panggil towkeh kedai dan aku tanya berapa harga. Jika harganya lebih murah dari apa yang aku set, aku tak banyak tanya. Cuma tanya sikit-sikit dan terus bayar. Kadang-kadang, bila aku buat begitu, kali kedua datang ke kedainya, dia akan tawarkan harga kurang sikit sebab dia tahu aku ni bukan cerewet. Atau mungkin sebab dia dah untung besar. Entahlah.


Sabtu lalu, aku pergi ke hardware untuk beli kepala paip yang baru dan beberapa aksessori lagi. Jumlahnya, RM 60++. Aku tahu, hardware memang telan banyak darah. Aku diamkan sebentar sambil belek-belek barang-barang yang aku nak beli, kononnya nilaikan semula sama ada berbaloi atau tak. Target aku sekitar RM50 je.


" Ok, cincai punya halega la kawan... RM57 saja... boleh?" cadang dia.

" 57 nombor tak cantik... aku tak suka nombor tu..." jawab aku.


Memang aku suka begitu. Aku tak kondem barang tu, aku tak suka jatuhkan maruah barang tu. Kalau aku kondem, buat apa aku nak beli. Sesetengah orang akan cakap yang bukan-bukan, dah berkaratlah, besi recycle lah, besi nipis lah, besi dari kabel curi lah.... Aku tak suka cakap macam tu. Kalau dah kondem, janganlah beli.


" Ok..Ok la.. RM55 sudahlah..." balasnya.


Aku terus keluarkan duit dan beri kepadanya.


" hmm... nombor 5755 tu cantiklah.... boleh beli besar punya.." kata aku kepada dia.


Aku harapkan dia tersenyum atau mengiakan sahaja. Tetapi tidak. Dia pandang aku dengan pandangan yang pelik. Pandangan yang penuh dosa. Atau mungkin dia terasa yang aku seolah-olah perli kaum Cina yang kuat berjudi.


Aku syak, dia ni Cina kuat sembahyang kut....






.

9 comments:

tasekM said...

keeeeeeee....

mmg biasa main nombor nih...?

:p








.

aza ni said...

no kereta ko zam?

Nizam.Ariff said...

TM,
biasa main nombor tefon jerk... hahaha

Weh.. ko cuba tgk minggu ni naik tak nombor tu?


Azani,
No kereta aku lain... laaagii cantik dari 5755..

Insyirah said...

Apa kena mengena dgn Cina kuat sembahyang? :)

Cina kuat sembahyang tak main judi ek? ;p

Nizam.Ariff said...

Syirah,
Cina kuat semayang tau dosa gak... semua bangsa/ugama kata judi tak elok.

Tapi sekarang ni, org moden dah tukar definisi judi. Berjudi sebenarnya keberanian untuk mengambil risiko... hahaha

Insyirah said...

Errr...saya rasa tak gitu. Org Cina kuat sembahyang sekali sekala beli nombor2 ekor gak, cuma mereka tidak sampai ke tahap masuk kasino je. Hehe.

Saya rasa kan, org Cina tu pandang mcm tu kat bro...mesti dia fikir apahal olang Melayu ni suruh gua beli no ekor...mesti dia pun ada main nombor ekor gak. Hoho.. ;p ;p

Nizam.Ariff said...

Syirah,
Mama pun kata gitu kat aku...
i.e. ' muka je inesen tapi main nombor.. patutlah tak kaya-kaya' itu kut agaknya.. hahahaa

sepa said...

la... kenapa tak bayar rm75...?!

Nizam.Ariff said...

Sepa,

75 nombor tak cantekkkk.....



hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com