Monday, May 2, 2011

Jalan-jalan tanpa tujuan... tempat yang dituju pun macam tak sudi...

.

...maka ddengan Continental 4 kerat itu, aku pun bakarlah aspal hitam dan kelabu yang berlobang-lobang, bertokek-tokek dengan istilah kemajuan. Disudukan, digarfukan dengan enjin-enjin pembangunan. Masih belum sempurna jalan Puncak Alam - Kuala Selangor. Bila nak siap ni?


Asalnya tak ada tujuan tapi selepas pekena Nasi Ayam Pak Mal S.Alam, aku ingat nak selusuri laluan kenangan lama aku dan si dia. Aku ke Kuala Selangor. Taman Alam. Aku teringat dulu aku pernah bertongkat berteduh di bawah satu pokok besar dengan si dia kerana hujan panas tengah hari itu.


Kemudian, aku teringatkan Nasi Ambeng yang diceritakan JJCM. Aku terbayangkan kesedapan serunding kelapanya, sambal gorengnya. Meleleh air liur aku sepanjang jalan menuju ke sini:






Perghh.... perut aku bakal diisi dengan Nasi Ambeng. Korang semua jangan jeles. Aku makan memang sengaja tak nak ajak. Takut nanti tak cukup meja, ramai sangat. Sotonya yang menggiurkan nafsu... perrrghhh.


Sesampai sahaja di situ, aku suka sebab strategi tak ajak korang semua menjadi. Banyak meja masih kosong. Ada 2 orang mak budak sedang berkemas-kemas meja, sedang sapu-sapu lantai.


Wow! Langkah tepat. Baru nak buka. On time. Tak perlu berebut-rebut sebab meja-meja semuanya kosong. Hah ! semua meja kosong..????


"... maaf bang, semuanya dah habis. Dah tutup ni..."

Soto?

"... pun dah habis bang. Kami ni berkemas-kemas nak balik..."







Tak apa, aku ada satu 'port' lagi...


.

8 comments:

ckLah @xiiinam said...

Hari tu pun kami sampai warung ibu tu dah tinggal serunding je. Mana port satu lagi tu?
Pernah pi tak Selera Rimba di Sg Panjang? Daging pelanduk, landak semua ada...

aza ni said...

Assalam zam
aku setuju, pembikinan jalan tak sekukuh masa zaman jkr..aku ingat lagi jalan antara kuala kunu ke kerling, mengambil masa berbulan bulan untuk disiapkan, mandurnya, dengan tukang rata tar, tukang sapu jalan puh ramai sekali, dengan steam rolnya, dengan jentera tayar 6 sebaris didepan,hasilnya tahan bertahun tahun malah makan dekad..
tapi kini demi kemajuan..cepat siap, cepat mendak, kemajuan?..aku ingin balik ke zaman LLN dan JKR..

aza ni said...

ralat kuala kubu=kuala kunu

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Sg Panjang? Tak tau kat mana...
Mana dia dapat Pelanduk tu. Kalau liar punya, sahih ratus-ratus harga satu hidangan...


Azani,
Aku pun rasa macam tu juga la. JKR punya spec tahan 50 tahun kut.... Lagi pun, JKR semua buat sendiri. Mana ada tender-tender macam sekarang ni. Kalau dah tender... maknanya ada ruang untuk buat untung. Bila nak untung lebih, spec kena kurangkan la...

tasekM said...

mengkume sampei pukui berape...?





.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ada la dalam kul... 4.30pm. hahaha

Nasi Ambeng pun boleh makan untuk dinner apa...

kucingorengemok said...

tu le, dalam hati ada titik² hitam, ngeh ngeh

Nizam.Ariff said...

KOG,
AKu tak puas hati.... aku nak try gak satu hari nanti..

err... mana ko tau aku ada titik hitam nih? ko intai ek? hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com