Monday, May 23, 2011

Juliet kembali mendesah, Malim kembali menjadi tak keruan...

.

Dada langit penuh dengan rantai-rantai halilintar yang panjangnya dari masyrik ke maghrib namun bunyi guruhnya kurang hebat. Mungkin yang hebat telah jatuh menimpa kaki-kaki bukit dan gunung yang ditarah sana tu.


Dada langit terpecah, ia kembali membuka bolong malam yang kosong. Membentuk lowongan yang hitam tanpa inti. Dari lowongan itu terhumbanlah Malim dengan pakaian tidur, bantal dan selimutnya. Jatuh dia ke pantai pasir yang hitam dan kosong. Ombak juga kosong. Sunyi. Tiada deburan paus menyambar anak paus (versi haruan darat yang dilautkan). Bulan kembali kosong. Bintang kembali kosong. Kosong.

Malim terpinga-pinga.

'Mimpi lagikah aku ini ?'

Malim bangun dan menepuk-nepuk pasir pantai hitam yang melekat pada seluar tidurnya kemudian dia terus berjalan ke gigi laut yang terhenti ombaknya. Angin juga terhenti desirnya.


Dalam kelam senja yang menginjak ke malam, maghrib itu, halilintar membuka dan menutup iris mata Malim beberapa kali namun dentumannya tiada. Kosong. Hanya cahaya.


Dan dengan cahaya itu, Juliet menjelma dari asap nipis yang keluar dari batu-batu pantai. Juliet melayang menghampiri Malim yang masih kebingungan. Lintuk-liuk tubuh Juliet persis bidadari jelmaan dunia. Juliet tersenyum dari balik baju tidur sutera nipis yang membaluti tubuhnya... amat nipis yang... menampakkan tubuhnya yang...  tanpa apa-apa yang... amat nipis sehinggakan kelok-kelok tubuh Juliet yang... maha organik seolah-olah bersatu dengan sutera nipis itu.

Senyuman nakal Juliet yang terbentuk dari sepasang bibir merah memukau Malim. Tubuh Juliet yang mampu menghanyutkan lazat dan nikmat dunia di laut nafsu itu membuatkan mulut Malim melopong lebar. Lopong yang menjadi lowongan kosong tanpa inti. Dan dari lowongan itu keluarlah desah keramat malam itu. Desah itu keluar bersama-sama wap nafasnya. Wap putih yang bila terkumpul menjadi besar dan besar, dan ...

'... ahhh...' keluhan Malim yang gagal ditahan-tahan lagi.


Juliet tersenyum melihat lowongan Malim itu.


' Kau sungguh cantik... ' Malim terpana.


Juliet depakan tangannya lalu terus berjalan menghampiri Malim. Harum semerbak wangi tubuh Juliet menusuk lelangit hidung Malim. Malim pejamkan matanya menikmati haruman itu. Sungguh harum. Malim nikmati harum itu sungguh-sungguh.


Namun bila Malim bukakan matanya semula, Juliet telah tiada. Juliet kembali menjadi asap putih yang tersebar di sekeliling Mallim, yang tinggal hanya bau harum itu. Malim terpinga-pinga.


Seketika itu juga ombak laut kembali beritma, angin laut kembali berdesir dan di dada langit, lowongan hitam itu menyedut Malim masuk ke dalam kekosongan. Malim terkontang-kanting di dalam bolong malam itu.


Sehinggalah ada satu cahaya di hujung bolong malam itu. Lalu Malim dihembus keluar dari bolong itu, melalui lowongan hitam itu. Malim terjatuh terlentang di atas katilnya. Malam itu sejuk. Halilintar mengamuk namun hanya cahayanya yang garang, gema guruhnya tiada.


Malim terasa sejuk. Dia tarik selimut hingga ke paras dada. Malam itu Malim tidur tanpa Juliet.



[update]

Walau malam itu Malim tidur tanpa Juliet, desah-desah yang berirama seolah-olah semarak cinta tetap berlaga-laga di dalam kuping Malim tetapi sayu sungguh bunyinya. Seperti satu lolongan panjang di bawah cahaya bulan. Cuma punca desah itu bukan dari Juliet. Desah itu datang dari tangisan setan-setan yang ada di bawah katil Malim.


Malim tidur dalam senyum. Mungkin bermimpikan Juliet yang mendepakan tangan-tangan mulusnya untuk memeluk Malim. Hanya mungkin...






.

14 comments:

Aku said...

...ahhh....! Malam memang banyak rahsianya. Sungguh banyak....

AZANI said...

orng kata cakap malam dengar dengar...

Hasri bin Hasfa said...

...cuba ko cakap ngan bang malim tuh, mandi sebelum tido... tak la sampai jatuh d pasir hitam...!
dino,
criter nih best... i like...

Aku said...

Azani,
tu la... Malim tak mau dengar... dia degil.


Sepa,
.. ini sekuel. Ada 3-4 cerita pasal Juliet ni. Thanks....

tasekM said...

kejap nk ingat cerita juliet yg lama.
err... bukan kucing ke juliet tu..?

:p



.

Aku said...

TM,
Juliet ni kejap jadi kucing.. kejap jadi obor-obor...kejap jadi asap...
dia boleh jadi apa-apa je...

Aku pun tak kenal lagi Juliet tu.... hahaha

AZANI said...

mula mula ku ingat julietcun. tapi julietcun tak rajin keluar malam, pakai baju nipis...


juliet lain ni...

Aku said...

Azani,
aku pun belum kenal siapa Juliet ni sebenarnya.

Aku ada terfikir nak buat cerpen pasal Juliet ni... supaya kita kenal siapa Juliet ni..

secangkir madu merah said...

agak2nya juliet ni kerja apa ek?

Aku said...

SMM,

Aku rasa Juliet ni kerjanya muncul lepas tu hilang. Muncul lagi lepas tu hilang. Dialog pun tak ada... asyik senyum jer...

rosdiana said...

ok, tas dah komen.
tak sabar tunggu tas komen dulu.
nak tengok dia menjelma jadi apa.
hahaha!

Aku said...

Ros,
Ko nak jelma jadi apa lak ni?
Jadi kunang-kunang untuk malamku, nak tak? hahaha..

fotolumayan said...

sungguh menarik nak binding kisah dlm blog kanns.. ehehe

Aku said...

fotolumayan,
selain foto, elok juga simpan hasil fikiran untuk anak-cucu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com