Sunday, May 8, 2011

... and at the end of the journey, life is no longer fun......





Aku ada seorang yang elusif seperti aku dan punyai karekter yang tersendiri. Dia ke kuliah dengan seluar jeans koyak lutut. Itu biasa. Tapi dia juga pakai baju Pagoda putih yang dah koyak sana sini. Itu kurang biasa. Dan rambut dan misainya, juga janggutnya hampir sama panjang... payah aku nak kenal mana satu mulut dan mana satu telinga dia. Aku panggil dia SEPA...! Wey.. Sepa...! Keluarlah kau.....!

Dan aku ada seorang lagi kawan yang punyai gayanya tersendiri, Ucop namanya.


Aku pernah terbaca ini dan ianya dikaitkan dengan Ucop:


"... at the end of solitaire journey, the game is no longer fun...."


Aku tak pasti sama ada itu kata-kata keramat dia atau dia telah ambil dari mana-mana. Tapi aku syak dia ada baca di mana-mana. Yang aku pasti, dia suka main Solitaire versi daun terup (bukan dalam PC) bila dia berseorangan. Tak pernah jemu-jemu..! Sayugia dia amat memahami apa maksud kata-kata yang ditulisnya...


Sekarang, aku dapat rasakan apa yang Ucop rasa apabila permainannya itu di penghujungnya i.e. susunan kad terakhir dalam perjalanan Solitaire itu.


Siapa yang tak tau main Solitaire? Semua tahu.. dalam PC pun ada.


Tapi, siapa yang tahu siapa yang cipta gerak-gerak Solitaire itu?
Seperti nama permainan itu, ia dihasilkan oleh penciptanya yang keseorangan ketika itu. Nak tahu lebih lanjut, sila google / wiki sendiri...



Kata-kata Ucop bukan sekadar berkenaan permainan itu. Kata-katanya melangkaui daun terup itu. Ianya berkenaan kehidupan dan cabaran. Ya, ianya tentang perjalanan ...


Di akhir satu perjalanan, hidup tidak lagi menyeronokkan...


Itu yang boleh aku katakan sekarang ini.






.

12 comments:

tasekM said...

sungguh benar.
kdg2 aku sgt2 penat.
fed up!

heh.






tetiba pulak nk berkenalan dgn sepa tu...
hi Sepa...!

:)





.

AZANI said...

hai Ucop,hai Sepa,hai merah,hai nizam

Aku said...

TM,
Dia ada kat sinun... ko dah jadi follower dia pun...

Aku rindukan puisi-puisi dia...



Azani,
Hai azani...
Sejak dua menjak ni dia jadi obses dgn jalan raya di tempatnya... hahaha

tasekM said...

ooo... hasri tu yek..?
pehal ko panggil sepa lak.



.

Aku said...

TM,
Nama ringkas... nama dia dan bapak dia...

Water Lily said...

Aku setuju!

Tak best la hidup aku mutakhir ini.Dulu dengan elaun RM300/- hidup aku sangat gembira.

Tapi dengan gaji RM820 + elaun2 ada kut seribu..hidup rasa macam palat.

Tak bersunyukur gamaknya aku.

Water Lily said...
This comment has been removed by the author.
kakpah said...

bila ekau cakap pasal solitaire aku teringatkan 'a lonely man'yang kehilangan cinta. Aku memang peminat karen carpenter.

Aku said...

Waterlily,
kak, tuhan kasi kita ikut lain, kita kurang kat lain pulak...itu ujian.

Kakpah,
Akak tengah sedih ek..?
Rilek la kak... hidup tak selalunya indah.

Hasri bin Hasfa said...

yaaaa Dino,

nko seru aku ke...?!

> aku dah jadi orang la <

Hasri bin Hasfa said...

...oya, hi TM...

Aku said...

Sepa,
..aku ingatkan ko masih berdiri bawah tiang lampu baca puisi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com