Saturday, May 21, 2011

Man Lilau tengok perut-perut dan dada-dada mereka bengkak-bengkak belaka...

.

Man Lilau terkocoh-kocoh memanjat tangga. Dia dah tunggu lif punyalah lama, hilang sabarnya. Lebih baik naik tangga. Setengah berlari dia panjat tangga itu.


Dia perlu panjat hingga ke tingkat 3. Dia panjat dari aras B3 sebab hanya di situ parking masih kosong. Bermakna dia kena panjat tangga setinggi 6 tingkat. Tapi Man Lilau tak kisah asalkan dia sempat sampai ke tingkat 3 sebelum masanya.


Sesampai di tingkat 3, hati Man Lilau bertambah panas. Dia kena beratur pulak. Panjang pula tu. Terpaksalah dia tunggu sehingga 10 minit barulah sampai gilirannya.


Bila tiba gilirannya, hati Man Lilau lagi bertambah-tambah panasnya. Tempat duduk yang ada hanya di barisan hadapan. Barisan-barisan lain dah habis kena tempah.


Man Lilau mana boleh duduk di barisan depan bila tengok cerita kapal laut. Masa sekolah dulu pun Man Lilau 'alergik' duduk di bangku depan. Sampai sekarang ini pun Man Lilau tak boleh duduk depan. 'Alergik' sesangat.


Panas Man Lilau semakin membuak-buak. Bila hatinya 'bengkak', dia tengok semua orang sekelilingnya bengkak-bengkak juga. Ada yang bengkak di perut. Banyak juga yang bengkak di dada.


Akhirnya dengan bengkak hati, Man Lilau terpaksa lupakan pelan asal. Dengan rasa 'bengang' masih menguasai, Man Lilau pilih tayangan lain. Tangkap muat, tak ada dalam pelan asal pun.


Man Lilau hempas duit dan tiket diragut dengan kasar. Mukanya bengis tak sudah. Dia perasan ada beberapa pasang mata memerhatikannya.


" Apa tengok-tengok?  Lu Langsi, Lu Mati...!!!  "






.

5 comments:

AZANI said...

dah tengok cerita kongsi?

Hasri bin Hasfa said...

...man lilau tuh tak dak awek ka?, cuba ko tanya dia dada siapa yg dia nampak bengkak tuh?!

Aku said...

Azani,
... dah.. tak plan pun...


Sepa,
.. man lilau hidupnya berkelana kat dunia...

dada-dada yang dah busung...busuk... hanyir... orang-orang ada ladang nangka kut, bajunya dipinjamkan ke buah nangka...

tasekM said...

best ke kongsi?



.

Aku said...

TM,
Boleh tahan juga la... aksi ringan-ringan jer... tapi still ok. CUma dia tenggelam dalam kehebatan cerita kapal laut dan tukul besi...

Bagi aku, boleh tengok... no problem.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com