Sunday, May 1, 2011

Monolog di pagi Hari Pekerja 2011... selamat pagi Pak Anwar Ib., tak kerja?

.

Kepala terfikir nak jalan-jalan tapi arahnya masih kabur. Langit pun kabur. Matahari pun kabur.


Bila semua tu kabur, mata pun naikkabur juga. Lain layunya. Bunyi lori sampah yang lalu depan rumah pun macam lagu dodoi yang paling indah. Bau lori sampah itu pun semerbak harum seperti jasmin, seperti lavender yang tertumpah dari botol pencuci lantai. Sungguh 'soothing'. Sungguh tenteram. Sungguh melayukan... melayuuuukannnn.... zzzz......zzz...



AHHhhhhhhh....!!!!!!


Aku kena kuatkan semangat!

Cuti-cuti beginilah aku perlu kerjakan aspal jalan yang hitam dan kelabu. Aspal yang kadang-kadang kaya tapi banyak yang rugi : lopang sana, lopak sini, berlubang sana dan sini.


Aspal gebu menjadi idaman Continental aku. Baginya, aspal gebu itu amat menggiurkan. Dia nak lenyek-lenyek. Dia nak tenyeh-tenyeh biar lunyai. Tapi, selalunya dialah yang lunyai dulu. Aspal gebu tu biasa-biasa saja. Cik Aspal dah biasa kena lenyek, kena tenyeh berjuta-juta kali: ada yang gemuk, ada yang kenit, ada yang keras macam besi, ada juga yang lembut macam sotong.


Kadang-kadang tu, Cik Aspal terpalit dengan macam -macam cairan. Ada berupa otak orang kepala pecah, darah bersembur-sembur melekit-lekit, usus-usus yang berupa tiub panjang penuh lendiran. Eeeeyyuoooo....! Tapi, kadang-kadang Cik Aspal suka tengok semua itu. Hiburan baginya bila melihat gelagat semua yang bercatuk didada gebunya: mat rempit, atoyot, nassin, taif... Atoyot...! Atoyot..!!! Hahaha.... Cik Aspal gelihati bila teringatkan Atoyot.



Atoyot - salah satu penghuni dasar yang sekali-sekali menjengah dunia luar, keluar dari karang  yang tajam. Tsunami yang bawanya ke Malaya satu masa dulu. Ketika dia terkepit antara kapal selam dan helikopter. Tapi, Cik Aspal tak kisah. Tak perlu C4. CIk Aspal 'cool'... dia dah biasa dilendirkan.



Ok lah, aku rasa kalau ditunggu matahari, entah malam karang baru muncul matahari tu. Lagi pun, kelam-kelam beginilah seronok menonyoh aspal, aku nak menjalar di atasnya tanpa rasa silau dan panas....





Selamat Hari Pekerja 2011. Semua kita adalah pekerja harapan bangsa. Tak kira apa pun peranan kita, kita adalah pekerja yang rajin dan makmur.







.

5 comments:

tasekM said...

ke mana merambu...?




.

AZANI said...

Jasin here ia come?

Assalam zam

Hasri bin Hasfa said...

bang,

jalan berlubang2 tak pe lagi... hati2 pd lubang yg berjalan2... he3...

ckLah said...

Kenapa bagi ucap Selamat kat dia saja? Musykil ni!


;D

Aku said...

TM,
Merambu dekat-dekat sini jer...


Azani,
Tak, jalan2 kat sini-sini jer...


Sepa,
Lubang berjalan tu kalau berlendir aku takut wooo.... hahaha


Cklah,
Kasi ucap selamat untuk dikerjakan.... semoga semuanya selamat dan berakhir dgn baik-baik...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com