Tuesday, May 10, 2011

Peluh menetes-netes ...

.

Aku gerraah! (gerrahh = panas yang merimaskan).


Dah dua hari macam ini. Siang terik, malam berbahang. Siang berjaga, malam sukar lena.


Rumah aku bukan ada aircond. Bukan berkira sangat tapi memang kena kira sebab bila ada lebih sikit, cepat je yang lebih tu masuk simpang lain. Tak sampai ke kedai On King pun, dah lesap.


Lagi pun, aku masih menyokong sahabat aku yang berjuang demi keharmonian ekosistem sejagat. Katanya, Bumi ini bukan untuk kita sahaja. Obor-obor pun nak hidup juga. Dan bila cerita tentang obor-obor, kawan aku ini satu ketika dulu pernah berkempen untuk menyelamatkan obor-obor di selat Penang. Itu hasil daripada penelitian ilmiahnya apabila melihat banyak obor-obor hancur terkena kipas Feri Pulau Pinang. Aku kata, lain kali jangan naik Feri... selamatlah obor-obor tu.



Bahang malam bukan boleh dibawa berbincang. Buka tingkap luas-luas pun yang masuk hanyalah nyamuk, bukan angin sejuk. Angin di luar pun sama bahangnya.


Kipas angin memang memberikan 'chill effect' tetapi berapa sangatlah efek yang dia boleh beri.
Pendek cerita, malam tetap bahang. Aku dan Ariff asyiklah berbalah - La Nina atau El Nino nih?





.

18 comments:

kucingorengemok said...

iced milo

NM02 said...

selalunya ekon kat umh set 3 jam jek, tapi disebabkan cuaca skang ni, dah tak set.. terus sampai ke pagi..

tarak tahan woooooo

tasekM said...

melaka punya panas sampai jerebu nari.

heh.



.

Aku said...

KOG,
Pergh.... ko buat aku keliur... jap, aku nak buat kat pantry... hahaha


NM02,
Kalau ko tak tahan, aku yang tak ada aircond laagiiii laaa.. tak tahan..


TM,
Dah mula musim orang bakar-bakar nih....

Hari ni banyak asap la...

AZANI said...

time time macam ini tutup aurat ikut mazhab maliki(dalam rumah je)

Aku said...

Azani,
yang pompuan la...

Tak ada efek kat lelaki ... hahaha

baincardin said...

ribut bahang. :)

AZANI said...

ada la zam

shafii cover antara pusat dan lutut, maliki, just cover center of antara pusat dan lutut

AZANI said...

ker ko mmg pakai loin cloth?

AZANI said...

ha ha ha

AZANI said...

aku maksud dalam bilik di rumah?

Aku said...

Baincardin,
Sampai bila nih..? ish ish..


Azani,
Bagi aku tak ada bezanya kat aku... sebab... sebab.. hahaha... abis tu dah kat bilik...

Fadhilah Maarif said...

cuaca memang panas la nie.. duduk kat office yang ada aircond pun tak rasa sejuk...

Aku said...

FadhilahM,

... sebabnya, suhu kat luar dan dalam bilik dah tak jauh bezanya...

Shahrizat said...

Assalamualaikum, semalam dengar kat radio dia kabo cuaca panas ni disebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina.
Sekali El Nina dan El Nino tak terlibat pulak.

Aku said...

Shahrizat,
Sekarang ni dah macam-macam... esok-esok entah apa jenis ribut datang...

Hasri bin Hasfa said...

sahabat ko tuh, tak silap aku la, dah keringkan obor2 buat serban... - kerana terlalu cintakan obor2...

Aku said...

Sepa,
Hari tu aku mengeteh elok je tak ada obor-obor atas kepala dia... tak pulak pakai celak.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com