Tuesday, May 3, 2011

Pengubat hati yang lara....

.

Dah aku katakan sebelum ini, panas hati aku kerana kempunankan Nasi Ambeng adalah sepanas aspal yang aku bakar dengan Continental aku.


Aku patah balik ke arah Selatan. Tak jauh dari Kota Malawati itu, sebelum simpang ke Rawang, aku terserempak dengan Mee Udang Banjir...! Terubat jugalah hati aku yang panas membakar. Sejuk. Redup kelopak hati aku.


Aku teringatkan Mee Udang Banjir yang femes di utara, tak jauh dari Taiping. Dulu, masa aku berehat-rehat di Taiping, ada kawan yang syorkan aku pekena Mee Udang Banjir versi utara.


Jadi, aku pesan yang ini:








Perghh..! Dia punya udang XXL lagi. Tapi, apa pasal dia tak buang kepala udang tu siap-siap. Payah aku nak makan, kejap pakai garfu kejap pakai tangan nak buang kepala udang.


Dan aku harap saiz udang yang towkeh kedai ni bagi tak ada kaitan dengan saiz badan orang yang nak makan. Prejudis tau....



Dia tulis kat 'banner' ada cawangan di seks. 7 Shah Alam. Nanti boleh cuba pula masakan di cawangan dia pula seks 7 tu.






.

19 comments:

NM02 said...

hadoiii... dah le tgh lapaq ni. teringat plak mee udang kat fudcourt selera duta. mecik tau!

ckLah said...

Banjir sungguh...









di seks. 7 ya?


Cer cari! Cer cari!






.

Aku said...

NM02,
Ko puas ke? hahaha...
Sabar..sabar... malam karang boleh pegi cari..


Cklah,
Aku rasa aku pernah nampak kat seks 7 tu... ramai... eh.. ramai orang.
Nanti aku rasa kat situ pulak.

tasekM said...

tergodaaaaaaaaaaanya aku..!

beb.
tak buang kepala tu petua la aku rasa.
baru la udang tu tak hilang manis dia.

aku rasa la..

:)






.

Aku said...

NM02... aku mintak mahap ada typo.. puas --> puasa... hahaha


TM,
Memang rasa manis tak buang kepala sebab kat kepala tu ada telur(?)/otak yg warna kuning tu. Penyedap rasa tu...

err... otak ko tak kuning ek bila baca komen aku ni. macam macm aku sebut tu... hahaha

tasekM said...

pejadah pulak telur kat otak ni wey....?

telur kat kaki dia tu la...



telur di kaki..?
pulakkkkkk...



.

tasekM said...

salah komen atas tu... ha ha.

aku ulang.

pejadah pulak telur kat kepala tu wey...?

telur kat kaki dia tu la...




telur di kaki..?
pulakkkkkk....




gigih tak gigih aku ulang.
hahaha..


.

kakpah said...

Kepala tak buang nak kasi manis lagi kuah tu. Tapi awas ek.. kat sebelah otak udang tu ada sekarung taik dia haha..
anak2 aku kalau makan udang suruh aku bogelkan semuanya.

yea!! sekali lagi berjaya masuk tanpa kunci. Lecehlah bekunci2 ni. Aku kena masuk ikut rumah lain.

Aku said...

TM,
pekejadahnya ulang 2 kali.. tanpa pembetulan lak tu...

Yg kuning tu bukan telur dia ek? Ooo...


Kakpah,
waktu pejabat aku bukak kak.. hahaha

Ya, aku suka makan otak udang tu. Sedap giler....

tasekM said...

ada la pembetulan...

ko baca bebetul.

:p



.

buah kedondong said...

arrr...lapor!!!!

Aku said...

TM,
Ada.. ada....

bk,
apa lagi..... cari la kat Seks 7 tu... jumpa nanti bagi tau aku.

SHIMI said...

best tu bro. Tapi aku allergy udang la pulek.

Aku said...

Shimi,
kalau makan sikit mmg la alergik...

kalau makan byk2 dia jadi ubat...hahaha

secangkir madu merah said...

kadang2 org akan rebus air kepala udang dan disimpan didlm peti ais dan akan digunakan utk membuat aneka jenis mee yg berkuah... kata org air kepala udang mmg manis..itu kata org..
tapi mee udang itu mmg sedap dan menyelerakan..
nafsu ku membuak2 dgn tiba2..
aku pun nak cuba cari di seks 7 sana..

pekena sekali mesti nak selalukan?


.

Aku said...

SMM,
Tak ke banyak kolesterol kat kepala udang tu kak? eee.. takut.

Kak, sifat nafsu memang cenggitu, sekali dah rasa, nak lagi berkali-kali...

AZANI said...

kamben n udeng,no no for me..

nikmat yang hilang...

Homestay Teluk Intan said...

haha...nasi ambeng kat kuala selangor tu ker?

macam teringin gak ke sana...

Aku said...

Azani,
Kurang sikit nikmat dunia ko... hahaha


Pojie,
Ko pernah pegi/ makan kat situ ke?
Rajin gak ko pegi jauh-jauh ek...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com