Tuesday, May 24, 2011

Salah satu tugas aku dah selesai... "Racun"

.

Cerita tentang 'Racun' pada entri-entri sebelum ini sebenarnya berkaitan dengan ini:












Dulu-dulu semasa aku masih bujang dan aku galak menulis, aku ada terfikir untuk bukukan buah fikiran aku untuk aku titipkan kepada anak isteri. Supaya mereka ambil iktibar mana-mana yang buruk dan ambil mana-mana yang baik. Itu niat aku. Supaya bila aku telah tiada dari dunia ini, anak aku dan anaknya dan anak kepada anaknya nanti akan kenal siapa ayahnya, siapa datuknya. Bukan kenal dengan nama atau gambar sahaja, malah kenal dari segi pemikiran juga.



Aku tengah bukukan semua tulisan aku sebelum dan pasca blogging. Buat masa sekarang ini, aku telah sudahkan buku yang atas itu. Print sendiri, grafik sendiri dan binding sendiri. Semua sendiri. Satu tugas aku telah selesai. Selepas ini, aku nak bukukan pula 'sketsa' dan puisi pula.







Nota kecil:

Kepada sesiapa yang nak, sila beritahu aku dalam ruang komen ini, bagi email address. Atau boleh email : nizam.ariff@yahoo.com

Pos express RM3.50, kos binding - towkeh kata ' lu kasi gua manyak... gua boleh kasi kurang maaa...'. Kos kertas - aku tanggung.


.

16 comments:

ckLah said...

Meh...jual sendiri buku tu ke ckLah meh..

Aku said...

Cklah,
ok jap..kena pakat-pakat baru boleh kurangkan kos binding.

AZANI said...

assalam bro

kau punyai bakat,yang tak ramai punyai.

menjadi blog foloower kau juga satu keseronokan

Aku said...

Azani,
terima kasih. aku tak rasa blogspot boleh kekal sampai 20-30 tahun tanpa perubahan. maka, aku ambik keputusan untuk bukukan dan simpan mana-mana tulisan yang patut di simpan....

tasekM said...

ko dh bunuh aku.
jahat betul.



.

Aku said...

TM,
Mati hidup semula. Kau berjaya menjalani terapi Racun itu.

Selamat menjadi orang baru... mulakan hidup barumu.

secangkir madu merah said...

Kau byk idea bernas, aku suka baca buku itu. Dalam masa dua hari aku dah khatam baca dah..

Rugi kalau kau hanya tulis dan simpan sendiri. Ada baiknya tulisan mu itu kau hantarkan ke penerbit2 buku yg sedang pesat berlawan2 utk mengeluarkan citer2 terbaik dari penulis2 yg berbakat macam kau....

aku cabar kau..amacam ada bran?

.

Aku said...

SMM,
...aku takut dateline... hahaha

Takpe, aku pasti cuba...

ashley said...

Aku BANYAK ketinggalan..
sikit hari ni tak dapat baca mana mana blog..satu dua jer boleh mentelaah..
.
.
tunggu cuti nanti, kut tak sibuk!

kakpah said...

kau memang berbakat. kadang2 akak jeles tengok cara penulisan. tak semua orang ada idea dan bakat.

SHIMI said...

Salam bro,
lu memang berbakat besar, kata-kata lu boleh jadi panah membunuh tanpa kesan.
Dengan bakat dengan tulisan kamu bisa mempengaruhi jiwa yang kosong dan isilah ia denga kebaikan.

Moga penghujung nanti kamu dikenali dengan satu nama yang baik dan kebaikan itu dibawa mengadap-Nya.

Gua salut sama lu

Aku said...

Ashley,
cuti sekolah tak lama lagi tu. nanti ada banyak masa...


Kakpah,
ada bakat tapi pemalas cam akuni pun tak ada gunanya kak oooii... hahaha


Shimi,
Terima kasih bro...gua solute sama lu gak...

Hasri bin Hasfa said...

brader,
aku nak satu...
satu lagi - buh la byk sket criter2 black-hole, nebula, time&space...

Homestay Teluk Intan said...

paman...

nak baca jugak..

Aku said...

Sepa,
OK... nanti lu email postal address ke - nizam.ariff@yahoo.com

Buku ni buku cerita. Cerita pasal nebula bintang black-hole tu masih ada dalam blog, tak keluarkan... biar situ.


Pojie,
Ok.. nanti aku post kat rumah abah. Kalau ko nak aku pos kat ko, ko email address ko ke email aku tu...

Hasri bin Hasfa said...

Dino,
nih postal address aku:

Hasri bin Hasfa
Lot 822, Jalan Lautan,
Ocean Park,
98000 Miri.

no tel. 085-411834 (home), 019-8555480 (hp).

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com