Friday, May 27, 2011

Selamat bercuti... selamat pengantin baru... selamat - selamat - selamat

.

Musim cuti sekolah dah memang sinonim dengan nasi minyak. Sinonim juga dengan rendang daging, ayam masak merah dan mungkin juga serunding kelapa jika berkenaan dengan kenduri orang Jawa.




image: dargailkogretim


 
Aku memang tak boleh 'nahan' bila nampak serunding kelapa versi yang kuning-kuning ada ketul-ketul daging atau kerang tu. Jikalau aku nampak, serta merta nafas aku jadi laju, dada berombak-ombak, anak mata membesar, degup jantung jadi kencang... nafsu membuak-buak! Bayangkanlah... serunding dengan nasi panas... perrgh!!!


Kalau dulu, masa anak-anak buah kecil-kecil lagi dan anak sendiri pun masih belum bersekolah, cuti sekolah adalah masanya untuk aku bercuti sakan: habiskan masa di tepi pantai sampai tengah malam memancing apa-apa rezeki yang di dalam air atau di darat (malam-malam, belangkas selalu naik ke darat...).


Sekarang ini, nak bercuti pun payah. Cuti sekolah adalah masanya kelapa-kelapa di tebuk tupai. Kena kenduri itu ini. Kalau tak saudara sendiri, saudara kepada kawan-kawan. Setakat ini tak ada lagi anak kawan-kawan aku bermenantu. Aku masih belia. Mereka masih belia.



Kalau nak bercuti masa bukan cuti sekolah pula, anak aku punyalah payah nak suruh ponteng sekolah. Aku rasa lagi senang aku mintak / dapat cuti dari majikan daripada nak suruh dia ponteng sekolah...!




Jom makan serunding kelapa..!







.

6 comments:

Fadhilah Maarif said...

sedapnya..lama tak makan..mintak sikit...

Aku said...

FadhilahM,

Aku pun tak ada.. itu bukan gambar aku...hahaha.

Jom cari resepi, kita buat hujung minggu ni...

Tijah said...

kalu aku...makan dgn pulut la best. nasik kureng sket.

tasekM said...

hari tu aku mkn serunding kelapa ni dgn tahu sumbat.
akak kedai tu tgk semacam je kt aku..




.

Hasri bin Hasfa said...

...cuba bebudak tuh sekolah d pedalaman... ko ajak ponteng - cepat2 dia hangguk...
...anak aku masa sekolah d pedalaman, ajak ponteng punya la seronok - bila dah sekolah d bando, demam menggigilpun ke sekolah... ajak ponteng jauh sekali...

Aku said...

Tijah,
Yang versi pulut tu manis. Yang versi nasi aku lebih minat, kurang manis...



TM,
Bukan akak kedai jer... kalau aku ada pun aku dah sumpah seranah ko...sebab.. memang aku suka sumpah seranah ko .. hahahaha



Sepa,
itulah tekanan akibat persaingan. kesian dia org, kan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com