Monday, May 30, 2011

Serunding kelapa aku ... projek cuti-cuti sekolah se Malaysia

.

Beberapa hari nan lalu, aku ada ceritakan pasal serunding kelapa versi Jawa. Hari itu juga aku bercadang untuk membuatnya.


Maka, hari ini, baru kejap tadi aku pun buat sementara masih bercuti di kampung. Kelapa segar boleh dikait dari pokoknya, tak payah beli di kedai runcit yang kelapanya dah tua bangka itu. Tak syok!


Aku buat secara kecil-kecilan sahaja. Menu untuk 2 biji kelapa dan 1 kg daging. Rempah ratus semuanya boleh didapati di sekitar. Cukuplah.



Aku guna kuali (wajan) sederhana besar tapi makcik Quality Control kata nanti payah nak 'kaup-kaup' (kata orang Melaka). Degil. Aku pakai juga sebab macam ok saja. Kemudian baru aku sedar, memang betul. Serunding itu perlu benar-benar kering dengan api yang kecil pula tu. Akhirnya, aku tukarkan kepada wajan yang lebih besar, anak sedara kepada kawah.



...dari kelapa parut yang kasar



Makcik Quality Control kata, kena kerap dikacau kalau tak nanti hangus. Ok la. Aku kacaulah tanpa henti. Sampai dekat sejam. Aku tanya lagi, sampai bila? Makcik Quality Control itu kata, sampaikan kalau diketuk wajan itu dengan sudip, serunding kelapa itu boleh melorot jatuh terkumpul di tengah-tengah dengan 'clean'... waduh!


Akhirnya, selepas 1 jam 45 minit, aku berjaya menghasilkan serunding kelapa dengan kualiti yang dikehendakinya. Walla..!!! Tekstur kelapa parut itu perlu rangup dan halus. Kalau masih belum kering nanti boleh tersedak bila makan. Ya, kena rangup dan rangup itu datangnya dengan kesabaran.




... sehingga halus dan rangup: 1 jam 45 minit non-stop menghayun sudip...




Tangan lenguh giler..!! Dah macam kacau dodol pulak penatnya.


" Bulan puasa nanti kita buat 2 biji kelapa lagi ek?" kata Mama.


Eh!!! Cakap boleh la... bukan nak tolong kacau serunding pun.








.

11 comments:

ckLah @xiiinam said...

Sedap ni...
Semalam, masa pergi jamuan Jenang Somsom rumah jiran mak yang baru buat kerja kawin, dapat dua buntil lebihan serunding kenduri. Boleh buat nasi ambeng...

Nizam.Ariff said...

cklah,
makan dengan nasi panas-panas memang sedap...

aku tengah rebus ketupat segera ni. nak makan dengan ketupat pula...

ckLah @xiiinam said...

Depa kat tempat kenduri semalam, buat inti lemper dan selitkan dalam berkat.


Tau ke 'lemper'?

Nizam.Ariff said...

cklah,
lemper tu yang pulut di tumbuk tu ke?

aza ni said...

boleh tnya zam?

siapa makcik QC tu?

puh, banyak bakatkau ni , masak boleh,menulis boleh...aku syak nyajnyi pun ok?

tasekM said...

nak sikittttttttttttttttttt.....











jgn harap.
ko kata.

aku tauuuuuuu...



.

Fadhilah Maarif said...

nak sikit....

TM- cuba nasib, manalah tau kan..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Makcik QC = yg empunya wajan.


Tasek,
Nak..? buat sendiri..... hahaha


FadhilahM,
Nak..? tunggu raya nanti ek...hahaha

kucingorengemok said...

ada orang buat basah², pun sedap jugak... tapi ada can cepat basi kalau tak simpan peti sejuk

tasekM said...

kak fadhilah.
aku nk: dia suh buat sendiri.
ko nak: dia kata tunggu raya.

dia mmg sayangkan ko lebih!



.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Betul tu. Basah memang lagi sedap tapi takut cepat basi. Kalau kering ni dah macam habuk, tak berapa sedap tapi tahan lama...


TM,
...arini memang aku sengaja dengki kat ko... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com