Saturday, May 7, 2011

Warni-warni kota gampang dan apa-apa yang terbuai-buai diantaranya

.

Kota gampang itu lidahnya terlalu panjang, jelirannya saja boleh menjilat langsir hanyir kedai usang dua tingkat di Rawang tanpa bangun dari kerusi malasnya. Juga mampu meludah sehingga ke celah-celah buluh di taman yang suram ni Selatan Bangi, ketika jari-jari nakal menjalar dari butang ke butang. Belitannya cukup kemas, sekemas sawa memeluk ayam denak yang jinak-jinak bodoh.


Tinggi bongkaknya sehingga bisa menyapu awan yang dibelah hotel pelangi di kota Genting sana dan busuk hatinya sehingga tewas gagak-gagak di Klang. Kota gampang itu memang gampang!



Setiap pagi, matahari menyinari teritip-teritip kaca yang melekat pada tubuh. Lalu cahaya yang pada asalnya suci itu terbias, terserak, terpantul menjadi warna-warna yang bukan putih lagi. Satu pelacuran terhadap ketulusan yang diberi. Memang kota gampang!


Cahaya warna-warni terpalit pada dinding kelab-kelab ekslusif. Kelab-kelab yang kelam kerana tiada cahaya putih lagi. Neon-neon nafsu kuning, biru dan merah menjadi halwa mata-mata kuyu dan tubuh tak berimbang. Terkinja-kinja memagut nafas. Terlompat-lompat menjolok lampu- lampu kaca yang gemerlapan.  Ulat-ulat menggerogoti leher, perut dan apa-apa yang terbuai- buai diantaranya. Juga kaki kanan, kaki kiri dan apa-apa yang terbuai-buai diantaranya. Mereka tak nampak kerana mereka buta. Dibutakan oleh biasan, serakan dan pantulan cahaya warna-warni kota gampang itu.


Manusia akhir zaman. Buatlah sesuka kamu.


Kerana kamu tak perlu berebut untuk menjadi diantara 70,000 itu. Tahniah kerana secara statistiknya, kamu semua meninggikan lagi kebarangkalian aku. Terima kasih banyak-banyak.






.

14 comments:

tasekM said...

sama-sama.



ehem!


.

Aku said...

TM,
Weh... kalau ko ucap 'sama-sama', maknanya ko diantara nereka yg terkinja-kinja tu ... hahaha

AZANI said...

Lawang mali, kentut ada munyi, kencing ada mau...

Aku said...

Azani,
Gua kencing pun ada mau...petai lor..

ckLah said...

...gampang.




Kalau cakap jawa, maknanya 'penak'. Kan!

tasekM said...

o ye ke.
nnti aku nk baca sekali lagi.

kakaka...




.

Water Lily said...

I like. Jap..jap..komen tanpa membaca dan memahaminya sungguh keji haha.

Water Lily said...

Oke sudah baca! Sebagai penulis yang pernah mednulis secara kreatif, aku sgt suka gaya bahasa entri ni.

Err..tp apa sebenarnya ko nak cerita ni. Jap nak baca lagi.

Morale of the story?

Aku tgh cuba nak memaham ni.

Tas, kak Lah, korang faham yek

AZANI said...

kunci nya 70000 , akhir zaman, googlekan

tentera dajjal

Fadhilah Maarif said...

ada yang berkata, tidak paham itu indah..salah paham itu bahaya..

saya masuk kategori yang tak paham tu...hehehe...

Aku said...

Cklah,
sengaja aku guna perkataan 'gampang' sebab ada 2 makna... hahaha

Mana yang rasa gampang (laknat) berbeza dengan yang merasa gampang (senang) dengan keseronokkan di kota itu...

TM,
haaa... tu la, tak baca betul2...


Waterlily,
Kuncinya..?

Kuncinya... kita diberi pilihan. kunci di tangan kita sendiri...


Azani,
Kalau aku bukak cerita nanti jadi kontroversi lak... erk.. camna ni... ok la..

aku jawab dgn satu soklan.. perlukah kita 'tolong' mereka jika itu nanti mengurangkan peluang untuk menjadi antara 70K tu?


FadhilahM,
Kak, ini satu pendapat yang kontroversi ... dan dengki + kedekut.... hahaha

AZANI said...

kalau dgn dajjal kita elak dari bertembung, cari trmpat berlindung,hanya Isa al masih yang layak berdepan dengannya,sampaikan di suruh berlindung di balik pokok dan paitlah pokok sekuat kuatnya.khuatir kita akan hanyut termasuk dalam golongannya.

dgn tentera dajjal ni pun aku rasa kita elak,pertahankan iman yang yang masih ada bertaut sedikit pada kita, sehinggalah turunya Isa al Masih.wallahu a'lam

AZANI said...

tapi buat masa ini masih Dajjal kecil,berjuanglah,sehingga Dajjal al Masih yang sebenar keluar,barulah kita menyorok.

Aku said...

Azani,
Serbsa salah... dah terbiasa tengok cerita cerita barat yang sarat dengan aksi, macam nak tengok pulak dunia akhir zaman nanti...

tapi, kalau ikutkan, kita patut berdoa agar kita tak bertemu kiamat besar itu kerana dahsyatnya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com