Wednesday, June 1, 2011

1910 - ketika menara condong itu belum lagi condong seperti 2011

.


Jalan-jalan di Jonker Walk hari itu, aku terpaku pada satu gerai milik seorang lelaki Cina (memanglah di situ semua Cina yang berniaga, mana ada Melayu. Antara kawasan perniagaan yang bukan 1Malaysia) yang separa abad umurnya.


Terpapar pada papan gerainya gambar-gambar lama. Usianya mencecah ratusan tahun. Aku rasa gambar-gambar itu diambil dari koleksi seseorang atau dari  akhbar lama.




Dan aku tertegul apabila melihat beberapa keping gambar Menara Jam Tinggi Teluk Intan yang bertarikh 1910. Pada ketika itu Menara itu belum begitu condong. Atau mungkin belum condong lagi seperti sekarang ini.






Sebenarnya, di atas menara itu adalah tangki air dan nampaknya struktur kayu itu tak dapat bertahan selama tangki air yang diperbuat daripada besi.


Aku beli 5 keping gambar yang berkaitan dengan Perak dan Melaka.








.

11 comments:

ckLah said...

Lepas kau tinggalkan Menara TI dulu...dilaporkan Menara itu semakin condong lantaran terharu menerima kunjungan mu.



Hehehehe

Aku said...

Cklah,
lama sungguh aku tak menjejakkan kaki di situ.

Dalam gambar tu, macam kenal farmasi dan kedai cermin mata.... nampak sangat bangunan itu memang telah lama....

tasekM said...

aku rasa menara tu bina2 dh condong la...



.

Aku said...

TM,
Aku tgk pun dalam gambar tu memang macam dah condong sikit...

NM02 said...

la... ai baru tau ada tangki air kat atas tu... jakun! hahaha

Aku said...

NM02,
takpe hahaha... tangki air kat atas tu memang tak nampak.. ada dinding kayu...

ashley said...

Agak agak berapa dah sudut kecondongannya sekarang?

Hasri bin Hasfa said...

alang2 dah condong, kasi bom-letup-runtuh jeh... buat baru... hahahahaha...
salam teluk intan... aku pernah ke sini enroute ke Langkap...

Aku said...

Ashley,
Aku agak-agakla, sudut kecondongannya dalam 5-8 darjah... tanah teluk intan tu lembut. tanah selut muara sungai.



Sepa,
tak payah boleh letup-letup. cukup sekadar letak mercun bom buatan ko dgn Chasiman dulu tu...

SHIMI said...

lu memang sejarahwan bro.
tetiba teringan nak pegi melawat makcik aku kat TI

Aku said...

Shimi,
Hah.. apa lagi...

Jom lawat TI pulak. Sementara menara tu tak tumbang ke bumi....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com