Monday, June 20, 2011

2 gambar menarik untuk dikongsikan......

.

Cer teka gambor apa ni?






Itu adalah diantara gambar-gambar yang terawal aku ambil menggunakan kamera beresolusi HD. Banyak sangat punat pada badannya. Entah punat apa-apa, dah macam tindik-tindik pun ada. Nak baca manual... hmmm... itu tugas anak aku. Biarlah dia yang baca dan ajar aku.


Aku ada juga cuba-cuba secara manual. Ye lah, bak kata brader yang jual kamera tu, kalau semuanya nak senang baik beli yang jenis kompak dan automatik. Maka, aku usik-usiklah punat itu ini.


Bila aku nak tekan punat shutter, macam-macam keluar di skrin pula. Tanda soal lah, cahaya tak cukuplah... yang paling tak tahan ialah bila dia tanya kenapa tak pakai speed light (flash) tapi dia tanya dengan hanya tanda soal yang berkelip-kelip, bukan kamera itu sergah aku. Kalau dia sergah, mau aku campak kamera tu...


Kalaulah kamera itu dah cerdik sangat, baik aku guna mode automatik jer. Senang. Habis tu semua yang aku buat salah, biar dia sajalah yang set semua variables.


Ini diantara gambar-gambar menarik yang dalam maksudnya yang aku ambil ketika jalan-jalan di tebing sungai di Melaka:







Sekarang ini kalau ada kenduri kahwin tak lah segan nak ke depan ambil gambar. Sekurang-kurangnya aku ada beg kamera berselimpang pada badan, dan yang pentingnya, boleh dekat-dekat dengan pengantin ambil gambar... mana tau kalau-kalau dia ajak makan beradab sekali dengan mereka.

Aku cuma nak rasa Udang Panjat Tiang tu je....









.

12 comments:

tasekM said...

aku panggil udang panjat nenas.

cer large-kan gambor tu...




.

Aku said...

TM,
nak besokan gambor yang mana satu?

tasekM said...

dua2 la.
XL pun tak pe.
halus benar binatang tu.
tak nampak.


.

kucingorengemok said...

aku pun rasa gitu la, dah beli benda mahal² apasal kita nak penat² kena belajar set itu ini, eh kamera kau set la diri kau sendiri!

Fadhilah Maarif said...

cer citer..brand apa? sama yg kita idam kan tu ke?hmmmm...

ashley said...

itu gambar kopi uncang segera atau teh uncang segera dalam cawan.
.
.
.
hehehe
kamera dulu mana pergi?
dah kena curi dek orang ke?

hani@debumelukut said...

saya sependapat dgn ashley..uncang kopi tu..yer kan?

AZANI said...

cam kopi hangtuah aku je

AZANI said...

yang bawah tu cam bahagian cicak yang hilang dari koleksi anak ros..hari tu oh kat sini rupanya dia...khabar kat ros...dia cari sebab nak kebumikan dengan sempurna...

Aku said...

TM,
aku dah besokan. kalau tak nampak gak tak tau le..


KOG,
Itu la.. beli mahal2 sebab kamera tu kena cerdik... senangkan kita, ye tak?


FadhilahM,
alaa.... nikon jer...


Ashley,
Kopi O... hehehe.kamera lama dah rosak dia punya digital...


hani@debumelukut,
yup.. betul.. ni pasal tasek suh besaukan la nih... dah semua org tau...



Azani,
yup.. uncang kopi O...

Tu taik burung atas batu.. hahaha

rosdiana said...

yer bang,
aku pun nampak mcm uncang.
memula nak teka uncang teh.
tp sebab lambat komen dah nampak jawapannya ialah uncang kopi.
jadi aku tiru je la jawapan tu.

cicak?
tolong.
aku fobia!

Aku said...

Ros,
cicak mati busuk giler...
aku pernah kena pukau guna cicak mati...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com