Monday, June 20, 2011

Angkara tak 'pasang barang' harga RM2, hidup tunggang langgang jadinya...

.

Benarlah bak kata orang, dek kerana secupak, habis rosak sebelanga (eh, ada ke peribahasa tu?). Oleh kerana degil mahu keluarkan juga tanpa memasang barang yang hanya berharga tak sampai RM3, habis kelam kabut hidup aku jadinya. Pengajarannya: barang yang murah jangan disangka tak penting.



Bila dah terkena, baru nak ambil pusing. Baru kelam kabut hidup aku dibuatnya.




Hari Jumaat lepas, salah satu sensor di bahagian enjin kereta aku telah rosak. Wayarnya telah putus digigit  zaman. Hari Sabtunya, aku panggil orang wokshop untuk tolong gantikan dan pasangkan yang baru. Dia pasangkan sementara dan dia bawa kereta aku ke wokshopnya. Harga sensor dan wayar tersebut lebih RM100.


Kemudian, pomen di situ beri tahu ada sekeping plat besi (yang kami panggil bracket) yang sepatutnya menjadi tapak untuk mengikat wayar sensor tersebut, telah tiada. Dia beritahu, tanpa plat besi sebesar duit syiling 10 sen kembar dua itu, wayar sensor tersebut mungkin akan bergoyang dan terkena pulley.


Masalahnya, mereka tak ada plat besi tersebut. Mereka perlu pesan dari kedai alatganti. Aku tanya, berapa harganya? Dia kata dalam RM2.50 je. Murah je.


Oleh kerana fungsinya cuma jadi tempat ikat wayar, aku suruh dia selitkan kat celah-celah enjin. Dia kata free play sikit sangat, takut terkena pulley. Oleh kerana sebelum ini pun dah tak ada plat tu, mungkin kali ini pun tak jadi apa-apa. Aku pun suruh dia selit celah-celah enjin dan aku pun keluar dari wokshop. Fin.




Tapi semalam, bila pulang dari makan malam, kereta buat pasal lagi. Simtom yang sama. Jadi aku pun pergilah ke wokshop yang sama. Bila buka, sah.... wayar sensor itu ter'luka' kerana bergesel dengan pulley.


Nak cepat punya pasal, aku pergi sendiri ke kedai alatganti untuk beli. Nasib baik ada satu lagi. Kemudian, kena beli plat besi tersebut di tempat lain kerana tak ada di kedai itu. Pukul 3pm tadi baru kereta aku boleh hidup dan bergerak.


Dek kerana barang yang bernilai lebih RM2 sahaja, aku terpaksa...

  • Beli alat ganti yang sama bernilai RM100.
  • Terkejar sana-sini konon-kononnya nak siapkan sebelum tengahari supaya petang boleh masuk kerja. Akhirnya, kena cuti juga satu hari. Nasib baik masih sempat ke pejabat pos untuk poskan buku "RACUN" kepada Azman dan Cikgooden.



Oh ya, Cikgooden pemilik buku "RACUN"  yang terakhir cetakan pertama. Tahniah.










.

13 comments:

NM02 said...

pengajaran dan pembelajaran bukan?

Nizam.Ariff said...

NM02,
yup.. pengajaran yg mahal dan memenatkan....

kucingorengemok said...

apa kriteria nak jadi pemilik buku tu (cerita enjin kereta malas fokus, hehe)

hairul392 said...

kereta yang mana? yang baru ker lama?

ASH said...

oh kereta......
.
.
.
cikgoodeen,
lepas baca pos ke bangi, boleh?
hehe

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku cetak terhad jer hari tu. Ingat tak ada orang berkenan. Ko nak ke?
Tinggal yang aku punyer copy jer sebuah...



Dak Ai,
kete yang lama... biasalah, dah uzur syari'e...



Ashley,
dia pun tak dapat lagi tu... hahaha

Lily Abdullah said...

Kak Ash,

Kalu dok Bangi dulu, boleh ku pinjamkan padamu kalau kau nak merasa racun sama.

Eh..betul ke akak ni,kata Tasek kita sebaya.

:)

Nizam

Morale of the story?
Kadang, perkara remah kalau dianggap mudah, natijah besar menimpa...

ibundo said...

kereta aku.. aku pandai pakai je. terburai ke.. hape ke.. aku serahkan pada tukang rujuk.

Buku kau tu kalau cetak lagi, hantar kat akak satu.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
kalau nak dikupas, besar maksudnya tu... tak larat nak kupas.

kadang-kadang perkara yang kita angggap picisan itulah yang mampu menggugat seluruh hidup kita. Jangan sangka yang kerdil dan seakan-akan tak berguna itu lemah. Kalau kena gayanya, itulah yang akan mengahntui hidup kita selama-lamanya...

jangan anggap leceh untuk sesuatu perkara yang bagi kita 'menyibuk' atau 'murahan', mana tau yang itulah yang akan menentukan kejayaan dan kesenangan...

banyak kak... akak sambunglah lagi..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
boleh ulang cetak tapi kena tunggu banyak2 kak. kalau tak, upah bindingnyer mahal sebab ini bukan book print. Ini binding biasa2 jer...binding saja dah RM10 tak termasuk printing kalau bawah 10 buku.

Cikgooden said...

gini lah nizam....apa yang kau cakap itu, tersangat benar..mmg benar..
pernah jadi pada aku...len masa aku cerita..cuma cerita itu mungkin menjadi tidak semenarik macam hang bercerita...

buku itu?..wah..berdebar aku menunggu wei...tak sampai sampai lagi ni...

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
hah? tak sampai lagi?... buku tu dah terlepas van ekspress la tu. Tunggu esok pulak...

sepa said...

dino,
1. patutnya pulley yg dikecikkan spy tak kena wayar... tak paham aku mekanik ko tuh...
2. tak pun pindah engin dlm kreta yg lbh besar...
3. paling last (last resort), dia patut suruh ko tinggalkan kreta, dan pakai mecedis dia dulu smp spare sampai...

'lain kali kalau ko jumpa mekanik yg bangsa selesaikan satu bala tp cipta dua bala berikutnya - ko beli dia ngan kedai2nya sekali...' - nih dah tahap brutal...

hahahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com