Sunday, June 12, 2011

... biar puas-puas, nanti jangan nak sebut-sebut lagi...

.

Fish n Chips! Fish n Chips !

Asyik itulah yang aku dengar seminggu dua ni. Aku bukannya apa, tak berbaloi sangat rasanya kalau setakat makan ikan goreng tepung dan ubi kentang goreng harganya RM12 ~ RM15. Tak berbaloi sangat bagi aku.


Memang betul, restoran yang menyediakan menu ini biasanya restoran yang berdekorasi ala-ala Eric leong gitew. Tak pakai lampu kalimantang. Tak pakai kipas angin siling yang berpusing dan menggigil ala-ala goyangnya si Inul berdangdut gitew.


Persetankan semua itu. Pencahayaan dan pengudaraan tak boleh dimakan. Dan ia tak juga membantu pencernaan dan penghadaman.


Kalau pun aku nak bayar RM12, aku perlu pastikan nilai itu semuanya ada di dalam pinggan, bukannya tersangkut atas siling, terlukis pada dinding atau pada dekorasi yang indah-indah yang 'tengok sahaja taw! Jangan pegang-pegang'.


Jadi, tengah hari itu, aku gagahkan diri untuk membeli bahan-bahan untuk Fish n Chips, siap dengan sos Tartar lagi.


Malamnya, aku siapkan yang ini:








Itu pinggan Claytan bersaiz 10 inci dan ianya dipenuhi dengan segala jenis goreng-gorengan.


Yang meminta-minta itu hanya dapat habiskan separuh sahaja. Aku tak kira, aku suruh juga dia habiskan... sampailah dia kata perut dia dah macam mesin basuh tengah basuh seluar jeans.


Aku?

Memang biasa. Dahmemang perut aku nacam mesin basuh bersaiz kedai dobi. Sekali ngap, hilang semua dalam pinggan aku...







.

9 comments:

hani@debumelukut said...

sedapnyaaaaaaaaaa.

Aku said...

Hani,
Meh makan.. nyum nyum nyum..! hahaha

tasekM said...

aku.
kalau makan goreng2 nih.
bila pandang.
aku teringat.
berapa round aku nk kena joging.
selalunya.
aku tak akan mkn.
tapi.
kdg2.
aku sebat gak barang dua tiga empat mulut.
heh.




.

Aku said...

TM,
jangan seksa diri... makan jer...
joging-joging tu bisa di aturr.... Tasek Utama sedai menunggu mu... hahaha

Hasri bin Hasfa said...

time2 rega RON97 dah naik nih > baik eat-in drp eat-out...kankankan...

Aku said...

Sepa,
weh.. ko lepak dalam hutan tu, hari-hari eat-out la kan? jeles la aku, mesti ko selalu makan udang galah dan daging kijang...

ashley said...

Tak baik tunjuk jer..
hahahahahaha
kena kirim..POST LAJU!
HANTARAN SEGERA

ashley said...

Aku nampak macam ada bergedil la...BERGEDIL ke???
apasal fish n chip ada ala ala JAWO nih?

Aku said...

Ashley,
Dah habissssss......... hahaha

Tu bukan bergedil. Itu chicken scallop with cheese...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com