Monday, June 6, 2011

Dari pucuk kaduk sehinggalah ke bunga betik jantan, ada petai padi diantaranya

.


Kalau balik kampung, aku biasanya akan pusing keliling rumah emak untuk lihat-lihat apa lagi yang boleh aku makan. Macam-macam... dari pucuk kaduk sehinggalah kepada bunga betik jantan. Ya, aku suka bunga betik jantan yang direbus. Walau pun pahit, ia tetap sedap.


Dan aku terserempak dengan pokok petai yang tumbuh tanpa ditanam manusia. Aku lihat buah petainya sudah cukup tua dan boleh di makan.


Ada yang kata ia petai padi dan ada yang kata ia petai belalang. Dari kecil lagi aku panggil ia petai padi. Anehnya, emak aku juga panggil ia petai padi...eh?








Emak aku selalu masukkan petai padi ini ke dalam 'terancam' atau 'kerabu' atau 'urap'. Kalau tak kunyah elok-elok, besoknya bila berak biji petai itu masih utuh sebiji-sebiji.


Kalau ada sesiapa yang tega bolehlah ditapis, dikutip dan basuh balik untuk dikitar semula di dalam 'terancam' atau 'kerabu' atau ' urap'.



Aku keliru. Apa bezanya 'terancam', 'kerabu' dan 'urap' ?

Yang aku boleh nampak, ada yang sayurnya direbus dan ada yang mentah-mentah tapi aku tak pasti yang mana satu untuk nama yang mana satu.










.

10 comments:

tasekM said...

terancam..?
asal aku baru tau nih...



.

Aku said...

TM,
sebab ko bukan orang Jawa kut... orang Jawa panggil terancam / trencam... kp panggil apa?




.

tasekM said...

aku panggil kerabu.
err... urap tu pun adik beradik kerabu gak yek..?



.

Aku said...

TM,
Aku pun kurang pasti apa bezanya. Kat Melaka orang panggil urap. Mak aku panggil terancam.

secangkir madu merah said...

mengancam tu taulah...

tapi tang makan petai lepas tu b***k sebiji2 lepas tu suruh basuh guna balik tu buat hilang mengancamnya...

uweekkk... loya aku

ckLah said...

Yang direbus, keluban....

ckLah said...

**kuluban.





Kulub lain pulak!

Aku said...

SMM,
Kak, kalau dimakan balik, aku rasa dia punya rasa macam petai jeruk la...hahaha



Cklah,
owh.. terlupa.. keluban. Ah sudahh...
Ada 4 nama nih. Mana satu yang betul ni. Yang aku tau, yg direbus dan berkuah kacang tu namanya rojak. Kalau kuah kacang tu ada Kencur.. namanya pecal Jawa...

Kuluban tu kira meng-kulubkan la ek.? hahahaha....

Hasri bin Hasfa said...

zirafah suka sama petai padi... itu pasal lehernya panjang... he3...

Aku said...

Sepa,
Tenuk pun suka makan gak.. tu sebab hidungnya agak panjang... betul.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com