Thursday, June 9, 2011

Degilnya seorang pelanggan... hak pelanggan?

.


Beberapa minggu lepas, aku telah dikejutkan dengan kehadiran sepucuk SMS yang mengatakan kad kredit lama aku akan luput dan aku akan diberikan kad kredit yang baru.


Dalam masa dua hari, aku dikejutkan lagi dengan wakil Pos Laju mengetuk daun pintu. Belum pun sempat aku terpa pintu, ketukan pagi Sabtu itu pun terhenti. Aku rasa dia cuma ketuk 2 kali sahaja. Bila aku buka, hanya notis Pos Laju yang terselit.


Aku nak kejar wakil Pos Laju tu, malas pulak rasanya. Biasanya yang kejar-kejar wakil pos naik motorsikal ni anjing jer. Aku bukan anjing (walau pun aku pernah jadi 'anjing').


Aku ingat aku nak pergi ambil kiriman itu petang-petang sikit nanti. Kemudian aku terbaca nota kecil di dalam notis itu: sila ambil keesokkan hari. Sah! Aku cuma boleh ambil esok sahaja.


Esoknya, aku bersiap-siap nak pergi ke Pos Laju. Di muka pintu, aku baca balik notis itu. Ada nota kecil lagi: Dibuka setiap Sabtu dan Ahad, KECUALI pada minggu pertama. Ceit! Itu memang minggu pertama. Aku dah malas nak ambil. Lantaklah!


Aku biarkan... sampailah habis tempoh edahnya. Aku pasti kad kredit baru itu akan dipulangkan kepada si pengirimnya.


Aku tak kisah sebab aku pelanggan. Mereka yang patut cari aku. Mereka patut pastikan aku dapat kad kredit mereka sebab itu bisnes mereka. Mereka tak beri, aku tak guna. Apa susah, kan?


Selang seminggu selepas itu, aku terima satu kiriman lagi. Kali ini, ada kad kredit baru di dalamnya. Satu untuk aku, satu lagi 'supplementary' untuk Mama  yang - mama unjuk, aku bayar.


Ada secebis nota kecil bersama-sama sampul itu: Kad kredit ini belum diaktifkan lagi. Sila telefon nombor di bawah untuk aktifkannya.


Ada ke aku yang kena buat panggilan? Aku pelanggan, mereka kena cari aku, merekalah yang kena telefon aku. Kalau aku telefon dan mesin mereka yang jawab sampai tunggu 10 minit, siapa yang nak bayar bil 'handphone' aku pula?


Aku biarkan lagi. Kalau tak aktif, aku tak gunakan. Kalau aku tak guna kad, mereka yang rugi. Itu bisnes mereka, bukan aku.


Sudahnya pagi tadi, aku dapat satu panggilan telefon mewakili pihak si pengirim kad kredit itu. Lembut bahasanya. Memang sepatutnya berlembut sebab aku pelanggan. Kalau dia tanya aku kenapa aku tak aktifkan kad kredit tu, aku akan jawab: suka hati aku lah, aku pelanggan. Aku dah set dalam minda nak cakap macam itu je.


Tetapi dia memang professional. Dia kata: Saya akan bantu aktifkan kad kredit encik. Boleh saya... bla..bla..bla. Aku tau, dia ikut skrip yang dibuat CRM department, tak kisahlah...



Akhirnya, kad kredit aku yang baru itu telah diaktifkan dengan tanpa aku perlu bersusah payah.


Tapi, aku dah lupa di mana aku letak kad kredit yang baru tu... aku takut aku dah terbuangkan sampul surat itu... ceit!










.

16 comments:

ckLah said...

Sepucuk SMS?


Tengok 'Sepucuk SMS', terus lupa nak tulis apa-apa lagi.



:D

ckLah said...

Bagus....bagusss...bagus...Macam nilah pelanggan yang bagus. Hehe

tasekM said...

selamat menggesek kad kredit.









apahal aku kt pejabat lg nih wey...
tertekan betul.


.

AZANI said...

gosok jangan tak gosok zam

Aku said...

Cklah,
Sepucuk tu bukan penjodoh bilangannya ek? hahaha...


Cklah,
Selama sebulan aku tak guna kad kredit dia, terasa seperti burung yang bebas walau pun masih di dalam sangkar ekonomi...


TM,
Weh... tumpanglah sesiapa kat luar tu balik rumah ko...

Sejak akhir-akhir ni aku dah jarang bergaduh dgn ko. Apa pasal ni weh? Mana taring dan cakar aku nih.. hish!


Azani,
Gosok lampu aladin malam jumaat nikmatnya lain sikti daripada malam-malam lainnya.. sebab gosok berjemaah dari utara sampai selatan... hahaha

rosdiana said...

tegas betul pendirian.
syabas!

tasekM said...

lama, kan tak gaduh.
jom la gaduh nari!


.

Aku said...

Ros,
tegas... sebab ada kad kredit lain... hahaha.


TM,
Jom!... ni aku tengah asah parang.. nak bertimpas!


.

Fadhilah Maarif said...

kalau kad kredit dah hilang, ok lah tu.. tak banyak hutang.hehehe..

Aku said...

FadhilahM,
tak ada pun tak boleh juga kak, cashflow management ada problem nanti... hahaha

Waku said...

posmen malaysia ni memang pemalas.
ada loceng bukan nak ditekan, hon hon dua kali tak sampai berapa saat dah blah. ya lah, yg posmen hantar surat tu pun bukan apa, mat rempit mana ntah yg tada adab sopan dan sebagainya. kalau hantar barang, sah2 barang tu dikebas nya, dasar org tak pas sekolah kot. hari ni aku pun dapat kertas bodo yg suroh pergi amik kat pejabat, bodo je pos malaysia n.

Aku said...

Waku,
Aku pun dah malas pakai pos laju yang jenis suruh ambik sendiri kat pusat dia org.... satu kerja pulak.

Waku said...

haha.. aku tanya2. membe aku penah kena.. surat dari bank, urusan kereta, sebab regist dsb kat negeri lain. poslaju kata "takde org kat umah" jadi tak sampai, kena maki free la customer servis tu. sebab alamat opis lah, time keja takkan "takde org lat umah". pos apa yg bagus ya. dah tak nak pakai dah pos laju dan [pos malaysia ni. biarlah diaorg bankrap, biar sum aorg pakai facebook ke, email ke untuk tulis "surat"

Aku said...

Waku,
Aku pakai pos express je, at least dia tinggalkan kat rumah.. cuma mahal lah.

Hasri bin Hasfa said...

tokeh kantin belakang opis masih ber-sempoa...
jadi, bila ko jumpa kad tuh nanti, buh jeh dlm frem n gantung depan pintu... hehehe...

Aku said...

Sepa,
Orang curi la weh... kad tu dah aktif.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com