Wednesday, June 8, 2011

Hari - hari terakhir ...

.

Golok yang tajam berkilat itu masih terus diasah-asah lagi supaya lebih tajam. Kemudian, golok itu berpindah ke leher seekor lembu yang telah diikat dan dibaringkan.


Mata lembu itu pejam-celik-pejam-celik. Tak pasti pula ia tahu atau tidak, yang pastinya ia tahu situasi itu memang kurang selamat baginya. Ia cuba berdiri tapi tak boleh.


Kemudian, golok yang tajam itu dirodok-rodokkan ke leher lembu itu. Darah merah berjurai-jurai keluar, berhambur, bersembur dengan bunyi mengeroh yang dalam dan seram. Tanah berlubang sedalam 3 kaki itu dilimpahi dengan darah merah berbuih-buih. Darah memancut-mancut hingga terdengar desiran darah itu memancut keluar dari urat leher dan lukanya.


Mata lembu itu terbeliak. Dadanya bergerak-gerak cuba mengaut udara tetapi hanya bunyi angin didengari dari salur tenggoroknya yang telah putus. Kulit pada lehernya yang terluka itu menggelebeh, terbuai-buai lesu. Urat-urat nadinya berdenyut-denyut memancutkan darah merah.


Darah masih memancut-mancut keluar dari urat-urat lehernya. Lidahnya terjelir panjang. Ia berkeroh. Kaki-kakinya menendang-nendang angin. Selepas hampir satu minit, darah masih berjurai-jurai keluar dari kesan sembelihan pada lehernya. Makin lama makin kecil pancutan darah merah itu.  Lopak kecil itu dipenuhi darah merah yang pekat dan berbuih-buih.


Setelah segalanya berakhir dan sunyi, berberapa bilah pisau yang tajam terus menghiris-hiris beberapa bahagian tubuhnya. Kulitnya disiat menampakkan dagingnya yang segar dan merah. Setelah sudah, peha-pehanya dipotong. Bercerailah empat anggota badannya. Tengkuknya pula dikapak hingga terpenggal, terpisah dari batang tubuhnya. Matanya masih membulat, lidahnya masih terjelir.


Kemudian, perutnya dibelah dari pangkal dada hingga ke bawah perutnya. Segala isi perutnya pun terburai. Melambak-lambak di atas daun pisang. Perut-perut dan ususnya yang panjang itu seperti ular sawa kekenyangan. Masih suam. Jantungnya, hatinya, limpanya, paru-parunya.. habis semua dipotong, diceraikan dan diletakkan di atas talam karikal.


Kini yang tinggal hanyalah badannya yang terbelah... dan sebilah kapak pula dihayunkan lagi untuk menghabiskan saki-baki tubuhnya yang masih tinggal.


Nun di sudut sana, pisau-pisau tajam dan kapak kecil dengan rakusnya menghiris daging dan memotong tulangnya. Dalam masa beberapa jam sahaja, tubuhnya telah hancur... hancur sehancur-hancurnya.


Yang masih tinggal hanyalah kepalanya, dengan lidah terjelir dan mata yang membulat... itu pun menunggu masa untuk dikapak lalu diambil otak dan lidahnya....




Siapa nak makan satay daging? Sup ekor? Sup tulang? Rendang Tok?

Ingatlah kisah di atas ... hahaha.







.

7 comments:

Granny Hani said...

adoi...potong stim betul lah..tak jadi dah nak kuar beli ekor lembu ..esuk2 aje lah.

ibundo said...

akak memang tak penah tengok lembu kena semelih. Takut dan ngeri.
Tulang temulang tu memang sedap dibuat sup. Tapi jaga-jaga organ dalaman. hati, limpa cukup tak bagus untuk orang yang tinggi uric asid macam akak. Perut tu pulak... tempat najis bertakung. Macamanalah korang tergamak nak makan ek?

Nizam.Ariff said...

hani,
hahaha... kalau aku teringatkan sembelihan itu, aku pun tak sanggup nak makan...



Kakpah,
tak ada rasa ngeri atau bersalah masa makan sup tu ke kak? hahahaha....




.

baincardin said...

erk...camner nak makan? ^_^'

secangkir madu merah said...

aku suka sup lidah..

tasekM said...

kak SMM.
sup lidah...?

kikikiki....





ehem.


.

Nizam.Ariff said...

Baincardin,
Tutup mata dan suap... itu je yg buat tenang sikit kut... hahaha


SMM,
sup lidah? ...akak nih.....!!!! Eeeeuuyooo...!
Hahaha....



TM,
Ko mandai2 je ek?
Ko dah tamat latihan kat 'persatuan isteri taat' tu ke?

hahahaha..





.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com