Wednesday, June 15, 2011

OMG ! Aku pun terkenan dengan benda kenyal-kenyal nih...

.

Ni bahananya apabila lawat blog makan-makan dan pula, tunjuk benda alah yang kenyal-kenyal tu. Dah jadi satu 'demam' pula.







Bebola Nasi Jepun perasa pandan.... arghhh! Mama belikan semalam.







Tiba-tiba, aku rindu sakura yang masih berkudup. Dulu, setiap hari selama seminggu aku pergi ke belakang Tokyo Big Sight untuk melihat 'kebun' cherry yang asyik mengudup bunganya. Tak sabar-sabar nak ambil gambar.






Sampailah aku 'blah' dari situ, ia masih mengudup lagi. Akhirnya, aku toleh kanan dan kiri... bila tak ada orang, aku pun patahkan satu dahannya dan aku bawa pulang ke Malaysia...

Jadilah...









.

11 comments:

rosdiana said...

ada lagi tak dahan tu?
kalau awet dan framekan letak di dinding pun cantik jugak kan?

nak tengok?
hahaha-bizibodi-

tasekM said...

aku.
lepas tgk mochi kat blog meow.
serata tempat aku cari.
habis laki aku, aku perosah (tau perosah?) suruh cari.
tapikan.
aku rasa.
mochi ori dr jepun yg macam meow tujuk perisa strawberi tu lg menendang la.
mochi yg jual kat msia nih... sedap lagi tepung gomak aku rasa.


.

Fadhilah Maarif said...

sedap bebenau ke?

Aku said...

Ros,
Dah reput daaa.... kalau nak jugak, nanti aku cari daham mempelam... hahaha



TM,
Mochi dari jepun... memang la sebab dia jaga dia punya petua dan tatacara membuatnya. Tapi, kat meysia ni pun aku rasa ok je. Yang berbezanya...mungkin inti. Inti Meysia kureenggg...!



FadhilahM,
Alaaa... manis-manis je kak. Macam kuih koci tu jer... nama pun dah dekat2 sama: Mochi dan Koci.


.

buah kedondong said...

tM,
bebaik makan mochi ori Jepun yer...
baca content tau..
takut alkohol content terlebih dari yang disyariatkan

Aku said...

BK,
Mochi pun ada alkohol gak ker...?

secangkir madu merah said...

aku mcm agak cuak nak makan mende2 cam ni.. apa rasa dia? sedapke?

NM02 said...

ape dah jadi dengan dahan itu?

Aku said...

SMM,
rasa macam kuih koci yang berupa kuih buah melaka. Kalau kuih koci, tawar di luar, manis di dalam. Kalau kuih buah melaka, masin di luar tapi manis di dalam. Tapi kuih Mochi ni, manis diluar dan manis di dalam dan tekstur tepung beras ala-ala pulut itu halus dan ringan jer...


NM02,
Dah kering... dah 3 tahun. aku rasa dah buang kut... hahaha



.

ashley said...

kalau buat dari beras pulut, mochi tu sah macam kuih KOCHI...MOCHI dari jepun, Kochi dari Mesia..
MOCHI KOCHI!

Aku said...

Ashley,
tu la.. aku rasa kochi tu asalnya dari nama mochi la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com