Friday, June 17, 2011

Psssstttt ! Sayaaannggg, I nak 'rewarewa' sikit... boleh tak? hik .. hik..hik

.

...lalu si isteri pun memahami maksud si suami.



Jangan tanya aku, apa rewarewa tu kerana itu yang tertulis pada botol ini.






Aku masih ingat kata-kata penjual madu Tualang tempatan, katanya madu yang terbaik adalah madu yang ada disekeliling kita. Maksudnya, madu yang dihasilkan oleh lebah yang menghirup cecair manisan bunga-bunga sekeliling kita dan bukannya dari pokok kurma atau pokok cherry.


Aku anggap kata-kata dia itu adalah ilmu pengatahuan yang dia mahu kongsikan DAN BUKAN kata-kata yang berbaur dengki dan khianat atas dasar perniagaan. Maksudnya, 'Utamakanlah barangan tempatan'.


Bagi aku, madu adalah madu. Yang penting, ianya meleleh keluar dari mulut si lebah dan bukannya dari bontot si tabuan.


Ya, memang ada bezanya antara mulut lebah dan bontot tabuan.










.

18 comments:

tasekM said...

rewarewa ni madu keluaran company jawa new zealand ok.

hehe.

:p



.

Aku said...

TM,
Aku syak dia org ni buat madu ni berjamaah la.. tu sebab nama rewang-rewang...

kucingorengemok said...

tak reti pulak aku nak gi kutip 'madu di sekeliling kita'...

madu rewa² ni boleh jadi awek muda tak?

NM02 said...

madu?

time batuk je ai telan.. hehehe

buah kedondong said...

Makan madu kan?
Bukan bagi madu kan?

Eheehehehe

Aku said...

KOG,
kawan2 cilik tu tolong kutipkan. Madu ni memang bulih awet muda... kalau nak power lagi, beli la madu 'manuka'...


NM02,
..erkk... aku kalau batuk lagi payah nak telan madu, takut tambah teruk ...



BK,
ia bergantung kepada penerimaan.. hahaha

secangkir madu merah said...

selalunya madu ni sedap pada lelaki tapi sakit pada org pempuan.. kan?

Aku said...

SMM,
bukan madu bercampur rempahratus dibuat jamu untuk wanita lepas bersalin ker..? ahahaha (cuba lari tajuk)

ashley said...

cer cerita pasai beza madu lebah ngan tebuan kejap..

ashley said...
This comment has been removed by the author.
ckLah said...

Itu bukan botol racun, kan...


http://xiiinam751.blogspot.com/2011/06/kiriman-racun-buat-cklah.html

zulkbo said...

salam..
lama dah tak makan madu
agak terlupa rasanya pulak
:)

Aku said...

Ashley,
tabuan ada madu ke? aku tak pasti la kalau cecair putih pada tabuan tu rasa manis... hahaha


Cklah,
terima kasih... itu tak beredit sangat. Tak ada editor nak tengok-tengokkan....

Aku said...

Zulkbo,
terima kasih kerana singgah...
blog aku ni cacar marba, ia ikut hati jer...

Hasri bin Hasfa said...

nak tanam bunga byk2 le... brpa byk bunga nak sedut sblm jd madu...!

Aku said...

Sepa,
letak sarang lebah kat ladang sawit tak yah la nak tanam bunga lagi... madu sawit lak...

AZANI said...

madu lebah banyak khasiat
tak ramai rasai madu manusia,isteri isteri salleh yakob antara yang merasainya...

Aku said...

Azani,
setuju.... mereka lebih memahaminya daripada orang yang belum pernah cuba tapi banyak bicara...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com