Wednesday, June 22, 2011

Tawas

.

Mungkin tak ramai yang kenal atau tahu Tawas.








Aku yang hidup dalam alam sawah padi dan perigi tanah kenal tawas ini sebagai bahan yang digunakan untuk menjernihkan air perigi yang keruh. Biasanya, bila air perigi menjadi tohor atau selepas hujan lebat, air perigi akan menjadi keruh dengan kelodak dan keladak tanah.


Air perigi yang lutsinar menjadi lutcahaya akibat partikel tanah. Bapak aku selalunya akan memasukkan sebutil Tawas dengan tali rafia dan merendamkannya ke dalam perigi. Hujung tali yang satu lagi akan diikat pada rumput di tepi perigi.


Walla... selepas beberapa jam, partikel akan mendak dan mendap ke bawah dan air menjadi lebih jernih.


Tapi, tawas juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau ketiak.









.

14 comments:

ckLah said...

Hehe...ubat ketiak paling ,ujarab dan tidak diragu kehalalan toyyibannya...



Kalah Rexona...

ckLah said...

Nostalgia tawas di hujung tali rafia dalam kolam tu.....kenangan indah!

Aku said...

cklah,
hehehe... tapi aku tak pernah cuba pulak sebab masa kecik2 dulu ketiak aku lemak2 wangi, kata mak...


orang kata minum air yang diletak tawas tak baik untuk buah pinggang...

tasekM said...

Oooooo... baru tau.







nk pi tgk bahulu jap.


.

hani@debumelukut said...

tau tapi tak pernah tengok

Aku said...

TM,
pos sikit kat aku bahulu ikan emas...



Hani@debumelukut,
Aku pun dah ingat2 lupa...

SHIMI said...

bro,
agak2 kalau kambing berendam dalam air tawas boleh tawar tak bau dier

Aku said...

Shimi,
Good question..!!!

Aku rasa boleh hilang bau dia... tapi ko kena usaha untuk ajak kambing masuk perigi dulu...

Hasri bin Hasfa said...

kat tmpt aku org pggl Alum. ada yg pggl Aluminium Sulphate. ada yg pggl coaggulant. acidic. lps buh kena add-in soda ash, spy pH7. ewah...
sori beb, saja teknikalkan......!

ibundo said...

aku cukup fobia lalu lalang tepi bangla. Elok suruh diaorang guna tawas ni.

kucingorengemok said...

wujud lagi tak tawas ni?
aku tau sabun cap kapak wujud... pernah jumpa kat pasor lambak

Aku said...

Sepa,
Aku pun panggil tawas tu alumn gak. So, tawas ni kiranya bahaya juga la ek?



Kakpah,
baik suruh lelaki gila yang simbah-simbah asid tu pegi simbah air tawas kat bangla.. kan?



KOG,
Aku tak pasti tapi aku rasa secara industri masih ada sebab banyak industri guna alum ni sebagai salah satu bahan... tapi aku tak pasti kalau kedai runcit ada jual tawas lagi...




.

tasekM said...

gambor last tuuuuuu...
ishhhh...




ko ni jam gay ek..?



.

Aku said...

TM,
err.. aku.. errr...

mana ko tau nih?? Hahahaaa......

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com