Tuesday, June 7, 2011

Umang-umang darat...

.

Masa kecik-kecik dulu, bila mana terdengar deruman enjin diesel jengkaut ini, cepat-cepat aku datang dan duduk di atas batas atau tunggul kayu. Asyik melihat lengan-lengan besi yang 'ganteng' persis robot hebat. Masa itu, salah satu cita-cita ialah menjadi pemandu jengkaut yang hebat.







Dan jengkaut yang ini telah 'transform' menjadi seekor umang-umang darat yang besar. Cuba tengok betul-betul di bumbung besinya.


Atau aku rasa, tuan punya umang-umang darat tu sebenarnya buat pinjaman dengan Bank Islam untuk membelinya. Dan itu adalah tag.


Tapi bila aku lihat betul-betul di bawah nama ' Bank Islam' itu ada tanda anak panah. Entah papan tanda 'Bank Islam' mana yang di ciloknya.


Memang dasar umang-umang...









.

11 comments:

kucingorengemok said...

pernah dengar tak isu logo asal dia orang kata macam tulis ban-islam?

NM02 said...

masa kecik2 dulu pernah terpikir, sape ada kete besar yang ganteng ni, mesti dia orang kaya. hahahaha

tasekM said...

papan tanda tu dia buat lindung panas gamaknya tu.
ke buat mende bubuh situ..?



.

Water Lily said...

Aku teringin nak naik mesin yg potong padi tu/

Sampai sekarang x dpt..

Oh..aku juga teingin nak bawak ktraktor

pun x dpt

Last aku teringin nak sorong jentera pembajak yang langgar ucup whlica tu

pun tak dapat haha

Aku said...

KOG,
err... ada ke? Tapi hari tu aku pun ada entri pasal tulisan jawi dia...


NM02,
sekarang ni pun tetap sama. sapa ada kereta besar dia ganteng.. hahaha. Lori tak ambik kira ek..


TM,
Aku rasa bumbung dia dah rongak. Dia cilok sebab nak elak panas la tu....


Waterlily,
Banyak cita-cita kita tak tercapai.... kalau ada kesempatan pun, kita pun mungkin dah malas nak buat.

ashley said...

banyak nyer cita cita waterlily!!
.
.
.
masa kecik aku teringin nak naik kereta kebal...
hehe
.
.
.
tak dapat juga!

Aku said...

Ashley,
nak naik kereta kebal kena masuk askar la weh... hahaha

SHIMI said...

bro,
gua perasan lu akhir-akhir ni layan entri, memang bersahabat dgn alam.

Aku said...

Shimi,
gua retro, bro... jiwa gua sekarang ni sungguh retro... sibuk mamanjang kerja, kalau dah sakit, mati orang kampung juga yang nak usung mayat kita, bukan orang kompeni, bukan PM.

Hasri bin Hasfa said...

dino,
ko datang la kat tempat kerja aku, ada banyak umang2 nih... ada yg masih gagah, ada yg menyembah ke bumi, ada yg terguling d tepi tebing, dan ada gak yang tercerai badan dari sesunggutnya... dan ada yang langsung terbarai...

Aku said...

Sepa,
itu lah dia...habis madu sepah dibuang. Macam yang aku cakaplah, umang-umang... bila cengkerang dah buruk, ambik cengkerang lain...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com