Sunday, July 10, 2011

Ayam Kampung memang syiokkk!.......

.

Lepas zohor tadi aku pergi ke pameran Floria Putrajaya. Saja nak panaskan kamera yang terperap dalam begnya. Apa barang kalau diguna cuma masa kenduri kahwin.


Sebelum itu, aku lencung ke Taman Bukit Puchong untuk makan tengahari. Lebih tepat lagi lokasinya di Restoran Tuan Faridah yang terkenal dengan ayam goreng stail kampung. Kalau hari-hari kerja biasa, restoran yang terletak agak di ceruk rantau kedai setingkat dan kawasan kilang ada berhampiran itu akan sesak dengan orang berkereta separa mewah dan mewah. Kebanyakannya mereka turun dari Putrajaya.



gambar sekadar hiasan




Dalam perjalanan ke Floria, aku bersembang dengan Mama tentang konsep makanan ala-ala kampung. Pada pendapat aku, restoran berkonsepkan 'kampung' memang sesuai di tengah-tengah bandar kalau kena dengan konsepnya. Mama kata dah banyak restoran menyajikan ayam kampung.


Aku berpendapat, restoran menjual 'experience' mungkin lebih menjadi daripada menjual makanan. Maksudnya, restoran itu lebih mennyajikan konsep ala-ala kampung, menyediakan suasana ketika menikmati hidangan. Makanan memanglah kena sedap tapi nak dapatkan 'competitive advantage' kena reka suasana kampung.


Bayangkan di kampung: pinggan jenis seramik yang dapat percuma bila beli sabun Daiya, gelas pula jenis percuma bila beli ubat gigi. Memang tak seragam tapi itulah kampung. Hidangkan guna dulang besi yang selalu diguna di surau-surau kampung.


Kemudian, pelayan-pelayan pula pakai kain batik lepas lusuh dan berbaju kurung 'nenek' atau kurung Kedah. Tudung pun pakai kain batik sebagai tutup kepala.


Dengan kata lain, segala-galanya seperti mak-nenek di kampung.


"kalau gitu,... pelayan berkemban kain batik, coli kat luar kain. Barulah mak-nenek..." kata Mama.



Hmmm.... bagus juga idea tu...








.

8 comments:

tasekM said...

err... aku ni org kampung gak.
tapi becoli luar kain tak pernah lagi dibuat dek mak n opah aku...




.

Aku said...

TM,
aku tgk nenek aku pernah gak buat sekali sekala... hahaha

tapi.. tu sebelum aku lahir la..
bila aku dah lahir, dia dah meninggal..

tasekM said...

ko blom lahir cemana lak ko bulih tgk nih....
bergambor berkembankah?


.

ibundo said...

aku ada sawah tak guna. Boleh bukak restoren kat situ. Memang suasana kampung habis. Sambil makan sambil ngibas nyamuk.

Aku said...

TM,
..itula... aku pun konpius gak ni... hahaah



Kakpah,
Kalau gitu, elok buat homestay la kut... suasana kampung di kampung.

Heidi Shafiq said...

klu pelayan die anak dara berkemban mmg aku pegi hari2 kedai tu.. :P

Aku said...

Heidi Shafiq,
...sshhh... aku pun sama...


hehehe

ASH said...

kalau pelayan berkemban tu anak dara saya XXXL, dia boleh tolong men SUMO ko sekali...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com