Thursday, July 28, 2011

Buah yang terbelah letak di tengah...

.






Idaman.

Lebih-lebih lagi kalau diluar musim begini. Macam durian hari tu, awal musim punya la angau macam orang bercinta. Sekarang ini, kalau berlonggok depan mata suruh makan pun  boleh buat 'nehen' jer...


Hah, sekarang Cempedak pula. Aku tanya adik tu, dia kata buah tu datang dari Kedah. Baru nak mula musim. Aku pun sambar. Lupakan seketika tentang durian.


Selamat jalan Durian. Jumpa lagi tahun depan. Aku dah tak merindui kamu kerana buat masa ini aku sibuk melayan Cempedak.


Itulah dia. Ghairah hanya sementara. Bila bertemu sesuatu yang lain sikit rasanya, yang dulunya luar biasa menjadi biasa-biasa sahaja... *sigh*.


Kalau tak meninggal, ditinggalkan pula.


Nasiblah kau Durian... dulu asyik suka gelek timun. Sekarang... jadilah kau tempoyak masam, second grade... low class!






.

8 comments:

ckLah said...

Buuuuuuuurrrrp!


Huh, kok angen toh pak eh!


:D

Aku said...

cklah,
eneng angen kui lho, dipangan sitik sitik, ojo okeh-okek mbak ayu ne... banter sendowone kui...hohoho

hani@debumelukut said...

hmmm terbau keharuman cempedak sampai ke sini..yg dalam pagar ke yg di luar pagar ni?

Aku said...

hani,
yang dalam pagar kak... halallan toyiban... Jom kita berCempedak pula kak. Lupakan durian yang selalu buat perut aku senak dan gastrik...

tasekM said...

mak aiii...
isi kaler oren tu.
menggoda gila.



.

Aku said...

TM,
kat melaka pun ada... carilah mesti jumpa. kalau tak jumpa, singgahlah mana-mana... mesti ada.

Hasri bin Hasfa said...

dino,
sebijik sebesar tuh, kat sinun brape rega...?

Aku said...

Sepa,

kat sini kira kilo. buat masa ni harga RM4/kg

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com