Wednesday, July 6, 2011

" kak, bawang masak merah satuuu...... "

.

Aku dah mula perasan, banyak pengusaha kedai makan dah mula kedekut. Tak tau pasal apa sebab kalau ditanya sebabnya macam-macam.


Petang tadi aku beli ayam masak halia dan daging masak merah.


Bila sampai, aku nampak bawaaaaaaangggg je...!
Aku rasa dua hidangan itu menggunakan paling tidak 2 labu bawang besar.


Nak cari ayam dan daging kena selak-selak dulu bawang tu.


Pandai ayam dan daging tu menyorok takut kena makan. Hidup lagi ke pun?


Satu hari nanti aku nak tegur towkeh tu...

" Abang ni jual bawang ke jual lauk ? "









.

7 comments:

SHIMI said...

hahahaha
sungguh rare jenama baru lu bro.
Gua syak konspirasi pembubuhan bawang yang kalau boleh sebakul tu ada kena mengena dengan petua orang Melayu.

rosdiana said...

haa.. betul-betul..
aku baca tajuk entry jer tadi aku dah tau dah bang, ko nak taip apa..

mmng aku pun perasan perangai tokey2 kedai mkn sekarang.
suatu hari nanti..
aku pulak teringin nak suap tokey2 kedai/tukang2 masak tu dgn lauk yang diorang masak.
cer makan.. selera tak?

kucingorengemok said...

dulu duduk negeri sembilan kejap, manjang jumpa sambal tumis bawang... aku syak tu petua minang ke apa agaknya

Aku said...

Shimi,
Kat Tg Malim ada satu gerai tu terkenal dgn nasi lemak sambal bawang...., sedap bro...



Ros,
aku memang geraammmm jer.... dia ingat aku ni nak 'bertarung' tiap malam ke? aku tau la bawang besar tu ' penguat nafsu'.... aku rasa gejala sosial remaja sekarang ni sedikit sebanyak disebabkan dia orang la ....



KOG,
mungkin juga, aku tak leh komen. Tapi kedai ni orang songhkla...

tasekM said...

aku pernah mkn kt satu kedai.
kat ttu.
dekat2 opis aku.
aku mintak sotong grg tepung.
dalam pinggang tu.
aku agak.
ada la dalam 2 ekor sotong kecik2.
yang banyak tepung.
aku dah boikot dah kedai tu.
gila kedekut!



.

ASH said...

Jom kita oder, bawang masak merah sepinggan ngan tepung salut goreng sepiring...

kata kat tokey...
KAMI ELERGIK!
.
.
.
agak agak dia nak charge berapa duit

Aku said...

TM,
tang goreng tepung perasa sotong tu aku pun ada gak kena... memang aku tak ikhlas nak bayar...



Ashley,
..dia orang nampak duit, dia orang peduli apa... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com